Thursday, 3 March 2016

Menjunjung Rindu (Bah 1)

         Pagi itu, mataku terbuka dek panahan mentari yang memanasi kelopak mata. Aku terkebil-kebil mencari kekuatan untuk melawan terik yang memedihkan itu. Beberapa lobang yang terdapat dari celah-celah atap zinc yang menutupi bahagian atap tempat aku berbaring itu, telah mengajak sinar mentari menerobos masuk untuk memanaskan seluruh wajahku. Pada masa yang sama, suara kicauan burung mencicip-cicip di luar bengkel papaku itu. Memujuk-mujuk aku untuk segera bangkit. Itulah manja sangatkan ! Arwah mama dulu selalu pesan:

        - Jangan amalkan tidur semula selepas solat subuh. Papa pun selalu lah juga bising kat aku. Kata papa, tak elok kalau tidur semula -

         Haruman dari kayu-kayu jati juga bagaikan mengajak aku untuk melawan rasa ngantuk yang teramat berat menindihku itu. Tubuhku yang sudah beberapa kali menggeliat kecil semakin menyedapkan setiap bahagian tubuhku untuk terus berbaring. Tatkala mataku akhirnya mula terbuka luas dan membesar, senyuman seseorang yang berdiri berdekatan, membuat aku terpejam semula.

Oh tidak ! Ya Allah dugaan apa pula yang engkau beri pada aku kali ini. Kemunculan insan itu bukan sahaja akan membuat keadaan huru-hara, tapi akan lebih menyiksakan jiwa dan raga. Serik rasanya sering dimarahi kededua kakakku dirumah.

          Eh ? Tapi betul ke itu dia  ? Ah !! Mungkin aku masih di dalam mimpi kot ! Hahaha...Liyana, Liyana....janganlah nak perasan sangat. Siapa lah engkau pada dia.

         Tanpa membuang masa, aku buka mata semula dan membawa langkah terus ke kamar mandi kecil di sebelah ambin tempat perbaringan ku itu. Sedikit pun aku tidak menoleh ke belakang. Kerana aku tahu, tak mungkin akan ada makhluk yang akan menziarahi tempat itu, sepagi ini. Tempat nisan-nisan bertaburan di sana sini. Mengarut betullah pandangan tadi. Walaupun sempat menggetarkan jiwaku...hihihi...hmm satu kebahagiaan juga kan ? Eeee gatalnya anak dara Pak Rahman sorang ni...

         " Assalamualaikum"

          Mak kau !! Hey gila ke apa aku ni ! Betul lah ada orang ? Issshh...nak jawab ke tidak eh ? Dibuatnya jin jantan...mati lah aku dibawanya lari nanti.

         " Ehem...Assalamualaikum Yana"

         Wei !! Dia tahu nama aku lah !! Buat homework betul jin ini. Tahu nama segala. Tiba-tiba perasaan gerun mula mencengkam hati dan minda. Tubuh kecilku mula menggigil. Ketakutan yang menyerang segenap urat saraf serta nuraniku membuat aku terduduk di lantai. Ya Allah ! Tolonglah aku.

          " Papa cepatlah datang ! Orang takut ni..." Bisikku dengan tangan menutup telinga. Airmata sudah mula bertakung. Rasa takut semakin mencengkam.

          " Hey awak ! Sorry sorry...I don't meant to scares you"

           Dah dia speaking London lah pulak ! Jin sesat ke ni ? Semakin aku rasa dia cuba mendekat, semakin kuat aku memeluk diriku sendiri dan semakin kuncup tubuh aku jadinya. Sudahlah dia menyerupai mamat handsome gila tu, ini nak cuba-cuba pulak mengurat ! Ishhh...tak boleh jadi ini ! Aku harus kuat !

           " Allahulla ila ha illa huwal hai yul qaiyum ! Latak huzuhu sinatum wala naum !!!" Jerit aku dengan kuat. Cuba melawan makhluk gatal itu.

           " Hahahahaaahahahhhaha"

            Hei ! Aku tahulah engkau tu jin Islam yang reti ayat kursi, tapi tak payahlah nak ketawa bagai.

            " Yana ! Yana !"

            Suara papa lah ! Yes ! Papa heroku !

            Satu sentuhan di bahu membuat aku terus gagah berdiri, kuatkan semangatku dan terus merangkul tubuh papa yang datang menyelamatkan sang puterinya ini. Fuh ! Thank you papa !

           " Yana ??!!"

            Duupp ! Jatuh sekejap jantungku.

            Macamana pula suara papa bunyinya jauh. Bukan aku sedang peluk papa ke ? Tapi...tapi...oh oh... Baru aku perasan pada ketinggian tubuh ini. Tanganku yang sedang sedap bergantung di bahu 'papa' aku lurutkan. Sempat juga tersentuh lengan sasa itu. Ya Allah ! Aku peluk siapa ini ??!!!!!

Waktu itulah aku dapat mendengar degupan jantung yang deras dari tubuh yang sasa. Rasa nikmat berada dalam pelukan seseorang yang memelukku dengan kemas tadi, menyimbah rasa malu dan marah dalam diri sendiri. Suara batuk kecil dari tubuh itu membuat aku semakin tidak keruan. Aku melangkah setapak demi setapak ke belakang. Wajahku tetap memandang lantai. Aku tahu dia sedang ketawakan aku.

            " I'm sorry..." kataku dan terus berlari ke bilik air.

            Sempat aku dengar gelak tawa papa dan si dia. Jin lah sangat, Nurul Liyana !! Malunya !!!


No comments:

Post a Comment