Ketika aku keluar untuk ke kolej, kelihatan kelibat kak Sha yang sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Aku kerling pada jam tangan. Baru pukul 7 pagi. Selalunya jam 8 baru dia keluar. Awal betul ! Aku teruskan langkahku untuk ke kolej. Setelah membaca doa dalam hati, aku membuka grill pintu dan melangkah ke arah lif. Cuaca masih belum terang sepenuhnya. Namun lampu di koridor telah pun terpadam.
" Hoi !" Tegur suara di belakangku.
Aku menoleh seketika. Aku beri dia senyuman. Sedekah untuk dia.
"Ada apa kak Sha ?" Soalku perlahan.
" Siapa suruh kau balik ? Dah tak sanggup tidur dengan hantu-hantu lagi ?" Ujar kak Sha diselangi dengan ketawa sinis.
Aku tak rasa apa-apa pun. Marah tidak. Kecil hati pun tidak. Malahan macam hendak ketawa kan soalan bodoh itu.
" Mana ada hantu kak ? Jin banyak lah." Jawabku pula. Sekilas terbayang peristiwa dipeluk jin galah. Sebuah senyuman malu tersungging di wajahku.
Dengan pantas dia mendahului langkahku dan sekejapan sahaja sudah menghadang perjalananku. Lagi 4 - 5 tapak sahaja sudah hampir ke pintu lif.
" Mami Ju kecil hati dengan kau, tau tak ! Sudahlah kau tak anggap dia macam mama sendiri, lepas tu merajuk sikit jer, lari. "
" Mana ada Yana lari, kak ? Masa tu kak Lin nak buat parti kat rumah, and I am having an examination. Kak Sha lupa ke apa yang cik Ju cakap ?"
Peristiwa seminggu lalu tetiba bermain di minda...
" Kak Lin tak boleh ke pospon your birthday party to another week ?"
" Hey ! Apa pasal pulak ? Mami Ju pun dah kasi green light, kau pulak nak memandai-mandai"
" Hari Isnin depan, Yana having class test lah kak."
" Hello...pasal class test yang tak de benda, itu kau sanggup eh lawan aku ? Kurang ajar !!"
" Kau boleh kan belajar siang hari ? Or you just need to close your door and study"
" Tapi kak Sha, i'm sure it will be lots of music. Yana tak boleh fokus lah"
" Itu kau punya pasallah !"
" Ok ok ok girls. Dah lama kita tak buat birthday party kan ? Lagi pun masa Lin umur 21 tahun, last year kita tak sambut pun....kesian dia"
" Thank you mami Ju. Sayanggggg mami Ju"
" You are welcome dear. As for Yana, we are so sorry. So, the best i guest you have to look for a quieter place lah untuk study. Betul tak girls ?"
Ketiga-tiganya kemudian ketawa sakan. Gembira dapat mengenakan aku. Waktu itulah tercetus idea untuk duduk di pondok rehat papa. Dan masih aku ingat aku juga tiba-tiba turut ketawa bersama mereka. Bila seorang demi seorang berhenti ketawa, semua memandangku.
" Thank you cik Ju. You give me an idea lah. I think i will stay a few nights kat pondok papa untuk study. Quieter place. Jadi kak Lin dan kak Sha boleh lah enjoy the party."
Ketika aku terus melangkah masuk ke bilik dengan perasaan yang damai sedamai-damainya, suasana di dewan rumah bagaikan hampir pecah dengan ketawa kuat mereka. Hahaha....ketawakan aku lah tu. Ada aku kisah ?!
Oooppsss...sedar-sedar lif sudah pun terbuka. Aku melangkah masuk. Ada 2 orang budak sekolah di dalam lif. Kak Sha bagaikan masih belum sedar dari lamunan. Mungkin sama-sama teringat akan kisah aku dihalau keluar dengan cara terhormat. Aku memanggil namanya. Dia jadi malu kerana terleka di luar pintu lif.
" Lagi satu aku nak warning kat kau."
Dia bunyi lagiiiii...
" Please ignore Firdaus if he happens to be at our place. Kau jangan nak menggatal. He is Lin's fiance to be."
" Ok big sister. Don't worry about that. I am still a school girl as you always said, remember ?"
" Kau jangan kurang ajar dengan aku lah budak hingus !"
Sempat aku mendengar dengusan kuat dari kak Sha. Hahaha...marahlah tu ! Aku kemudian melangkah keluar dari lif bersama kededua orang budak yang langsung tidak ambil kisah pada pertelingkahan kecil kami itu.
Aku kuatkan semangatku. Aku tidak mahu kemarahan kak Sha tadi, mencemari hati dan mindaku di pagi yang penuh dengan keberkatan itu. Pagi Jumaat yang mulia. Penghulu segala hari. Semoga Allah menghapuskan semua dosa-dosa orang tuaku dan keluargaku. Aamiin.
Menaiki bas untuk ke kolej yang terletak di kawasan Yishun, adalah perkara yang hampir dua tahun ini aku lalui.
Wednesday, 9 March 2016
Tuesday, 8 March 2016
Menjunjung Rindu (Bah 4)
Rahman Bin Hj Malik. Pemilik syarikat membuat dapur kubur. Hmmm....macam seram gitu kan...hehehe. Itulah papaku ! Seorang kontraktor yang memasang dapur kubur di pusara Islam Singapura. Papa bermula dengan mengikuti teman baiknya setelah diberhentikan kerja dahulu. Mulanya sekadar mengisi masa sahaja, sementara menanti dipanggil untuk bekerja sebagai sekuriti. Lama-kelamaan, papa menjadi semakin selesa. Setiap kali memegang batu-batu nisan, beliau berasa insaf. Mati itu pasti. Itu janji Allah. Semenjak itu papa menjadi semakin beriman pada Allah. Papa tidak lagi leka dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah.
Mama menjadi pendorong terkuat. Setiap hujung minggu mama pasti menemani papa menyiapkan dapur-dapur kubur yang ditempah para waris. Walaupun mama tidak membantu apa-apa, sudah cukup membuat papa gembira bila melihat isteri dan anak bongsunya disisi. Bekerja sebagai pembantu administrasi di sebuah hospital swasta, mama hanya dapat menemani papa pada hujung minggu atau semasa sedang bercuti. Waktu itu lah aku sering terlonjat-lonjat ingin mengikut. Kededua kakakku pula mama dan papa titipkan pada teman baik mama, cik Ju yang tinggal berdekatan. Kak Sha dan kak Lin memang penakut. Siap tutup telinga lagi bila kita sebut-sebut pasal kubur, batu nisan, bunga kemboja, tanah kubur, jenazah dan semua yang sewaktu dengannya.
Selalunya pada hari-hari biasa, papa akan menghabiskan kerja-kerja di tempat sewaan syarikat di Woodlands. Hujung minggu pula papa akan sepenuhnya berada di pondok kecil berdekatan pusara Abadi untuk menyiapkan mana-mana yang perlu dan bertemu dengan para waris. Teman papa juga turut turun padang. Sebab biasanya pada hujung minggu lah waris dan keluarga si mati akan berbincang dengan kontraktor-kontraktor yang menawarkan berbagai pakej. Berbagai ragam waris yang pernah kami temui. Kami bertiga akan pulang selepas jenazah terakhir dikebumikan. Masa itulah cik Ju dan kakak-kakakku akan turut serta bersama kami untuk menjamu selera di luar.
Seawal usia 3 tahun aku sudah mengikut papa dan mama ke kawasan pusara. Bagaikan rutin mingguan yang tak pernah aku lepaskan. Di situlah aku mengenal cik Man, wak Rosli dan isterinya cik Biah, Tok Cik dan cucunya, abang Azhar, cik Rashid dan anaknya abang Hans dan ramai lagi lah. Tukang mandi jenazah pun kenal aku tau !! Mana tidak, asal ada pengkebumian jer, aku lah budak kecil yang sibuk ikut naik traktor cik Rashid untuk menimbus tanah. Itu pun kena buat 'lomcampas' dulu dgn abang Hans. Hanya kami berdua yang berebut-rebut nak ikut traktor. Abang Azhar masa itu sudah besar. Lagi pun abang Azhar budak Johor. Dia ikut datuk dia, Tok Cik, untuk jual bunga yang orang buat tabur kat atas pusara. Tempat dia berniaga jauh sikit dari pondok rehat kami.
Indah betul kenangan zaman aku kecil-kecil dulu. Kakak-kakakku suka bermain di taman permainan yang cantik-cantik, aku pula berlari-lari di kawasan pusara. Kadang-kadang dikejar abang Rashid. Kadang tu pula aku sengaja pukul abang Hans dan lari jauh-jauh. Sampai nak terkeluar anak tekak mama memanggil-manggil aku. Pernah juga beberapa kali aku lari, ada budak lain pulak yang sama-sama berlari dengan aku. Masa itu kecil lagi, mana lah aku tahu takut. Kadang-kadang budak perempuan sebaya aku yang ikut bermain. Ada sekali itu budak lelaki yang sebaya macam abang Hans. Bila aku tanya nama, dia cuma senyum sahaja. Lepas itu hilang entah kemana. Itu yang mama dengan papa selalu sapu muka aku dengan air selawat bila aku cerita pasal 'kawan-kawan' baru aku itu. Hehehe....manalah aku tahu dorang itu bukan orang !
Beberapa kali juga lah mama dengan papa tak beri aku ikut ke pusara lagi. Aku pun boleh tahan juga. Sampai hentak-hentak kaki. Hendak tak hendak terpaksalah juga papa dan mama angkut aku sekali. Dari kecil lagi aku sudah diajar untuk ikut menghadiahkan surah Al-Fatehah dan berselawat nabi. Kata cik Man masa ini lah kita hadiahkan surah Al-Fatehah buat arwah, agar ringan sikit bebanannya di alam barzakh sana.Sering lah juga mama ajak aku bersolat di surau berdekatan jalan besar itu. Dan aku pun tahu bagaimana untuk solat jenazah. Paling mudah.
" Abang Hans, kenapa semua orang yang meninggal bungkus dengan kain putih eh ?" Seingatku ketika menyoal abang Hans yang belanja aku makan ais krim dekat dengan pondok papa.
" Sebab warna putih tu, warna yang melambangkan suci dan bersih". Jawab abang Hans lancar.
" Color purple pun bersih apa ! Adik suka color purple seyh !!" Tingkahku yang berusia 6 tahun tika itu.
" Putih lagi bersih lah !" Kata abang Hans lagi yang waktu itu sudah dalam darjah 4, sebaya kak Lin.
" Purple pun bersih lah, abang Hans. Tengok baju adik ni, bersih kan ? Hmm....wangi lagi".
Aku cium berkali-kali lengan baju blaus ku yang berwarna ungu itu. Tanpa aku sedari lelehan cecair ais krim terjatuh ke atas baju ku itu. Aku cuba menyapunya dengan telapak tangan kecil ku. Abang Hans sudah mula bergelak ketawa. Aku jadi geram. Baru sahaja aku puji-puji warna kegemaranku, dah kotor pulak terkena ais krim. Aku jeling abang Hans dengan tajam. Ketawanya semakin menjadi-jadi. Tanpa berlengah lagi, aku tadah lelehan ais krim yang sudah kelihatan mahu tumpah itu. Kemudian aku sapukan pada lengan baju putih bersih abang Hans. Puas hati kecil ku.
" Woi adik !!! Ini kan baju sekolah abang !!!" Jerit abang Hans, marah.
Kecut juga hati aku masa itu. Tak pernah-pernah abang Hans semarah itu. Perlahan-lahan aku undur ke belakang. Setapak demi setapak. Sekiranya dia mula mangamuk aku sudah bersedia untuk lari. Ketika wajahnya terangkat aku terlihat kening tebalnya juga terangkat sama. Mukanya memerah. Masam mencuka. Tanpa buang masa, aku pun terus lari meninggalkan tempat itu.
Aduhai kenangan....

Menjunjung Rindu (Bah 3)
Hari masih terlalu pagi ketika aku mengikuti papa untuk pulang. Kali ini pujukan papa benar-benar telah meluluhkan benteng kedegilanku. Apalagi bila papa mula bercakap tentang sakit pening papa tak ada orang peduli. Kesian papa. Setelah papa memarkir van toyota berwarna birunya itu, tanpa sengaja keluar keluhanku.
" Hey ! Tak baik mengeluh pagi-pagi macam ni" tegur papa.
Aku diam. Hanya Allah yang tahu gejolak yg sedang bermain di hati nuraniku ini. Sudah hampir seminggu aku merajuk. Lari dan tidur di tempat kerja papa. Dan seminggu itu juga lah aku telah membuat papa serba salah setiap kali mahu pulang.
" Papa..."
" Ada apa, angel papa ni ?" usik papa dengan senyuman.
" Kalau cik Ju, kak Sha dengan kak Lin masih marah-marah.....Yana nak buat macamana ?" Soalku lagi. Sudah bertalu-talu soalan yang sama aku layangkan pada papa.
" Biarkan dorang lah sayang. Angel papa ini kan kuat. Takkanlah benda macam tu pun anak papa ini tak boleh tepis " ujar papa cuba memberi semangat.
" Pa !! Dorang tu 3 sekawan. Dah jadi satu geng pun. Mana lah Yana kuat, pa ?!" Sungutku lagi.
" Eleh anak papa ni. Sedangkan kat kubur itu pun sanggup tidur sorang-sorang. Peluk-peluk dengan jin galah lagi..."
" Papa ??!!! " Jeritku marah dan malu. Aku pukul-pukul lengan papa. Bila papa tiba-tiba memelukku dengan penuh kasih dan sayang seorang ayah, airmataku hampir-hampir menitik.
" Pa, please eh jangan2 sebut-sebut lagi pasal benda tu. Yana malu..."
Kami kemudian beriringan naik ke flat. Hatiku berdegap degup dengan derasnya. Aku biarkan papa berjalan di hadapanku. Sesekali dia akan menoleh dan memberikan aku senyuman. Penguat semangatku. Ayat yg pernah dibaca oleh nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan yu, aku baca berulang kali. Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus berjaya melepasi 3 kegelapan. Dan aku juga mengaku bahawa aku tidak kuat, Ya Allah..
Ketika tiba di rumah, hanya ibu tiriku yang ada. Bayang kededua kakak tidak kelihatan. Lega sedikit perasaankun. Sempat aku mengucapkan syukur pada Allah kerana memudahkan kepulanganku ini. Aku salam cik Ju dan mencium tangannya. Acuh tak acuh sahaja dia sambut salam ku itu. Tidak sedikit pun dia menunjukkan rasa kasih seorang ibu. Aku akui, kami sememangnya tidak pernah rapat. Tidak seperti kakak-kakakku.
Entahlah, susah benar hendak diterap ke dalam hatiku ini akan kehadiran cik Ju sebagai pengganti arwah mama. Walaupun sudah hampir 10 tahun cik Ju menjadi ibu kepada ketiga-tiga anak papa. Waktu itu aku hanya kenali cik Ju sebagai teman baik mama. Sewaktu mama sakit, cik Ju yang kerap menziarah. Usiaku masa itu baru mencecah 8 tahun. Kak Sha pula sudah dalam tingkatan 1 dan kak Lin darjah 6. Biasanya anak bongsu cepat manja dengan orang. Tapi bukan aku. Aku masih terlalu sayangkan arwah mama. Sehingga tidak dapat menerima hakikat bahawa cik Ju itu adalah pengganti mama.
Aku tak lah tunjukkan sangat ketidaksukaanku pada cik Ju. Aku tetap ketawa kalau cik Ju buat lawak. Aku ikut bertepuk tangan setiap kali cik Ju habis berkaraoke bersama kak Sha dan kak Lin. Aku biarkan cik Ju pimpin tanganku ketika kami berjalan-jalan. Aku benarkan rambutku diikat dengan reben setiap kali kami keluar rumah untuk ke undangan majlis. Dan aku tetap mencium tangannya setiap kali aku keluar rumah dan balik ke rumah. Cuma satu sahaja yang kurang....
Aku tidak semanja kedua kakakku. Kak Sha dan kak Lin sudah terlalu mesra dan rapat dengan cik Ju. Mereka memanggil cik Ju 'mami' seperti yang dipinta olehnya. Sejak sebelum ayah mengahwini cik Ju lagi, kakak-kakakku telah mula memanggilnya dengan gelaran 'mami'. Kekadang aku sendiri pelik dengan diri sendiri. Susah benar lidahku untuk menyebut nama 'mami'. Hati dan minda pula bagai sekata. Masih tidak dapat menerima cik Ju sebagai pengganti mamaku sepenuhnya. Mujurlah papa tidak berkecil hati. Cik Ju pula lama kelamaan semakin kurang memerhatikan aku.
Aku masih ingat lagi ketika papa mengajak kami sekeluarga untuk meraikan kejayaan aku kerana mendapat markah cemerlang peperiksaan PSLE. Masa itu aku sedang menemani papa di tempat kerja papa. Tercetus idea untuk membawa kami 5 beranak untuk menjamu selera di luar. Girang betul wajah papa ketika mengatakan cadangannya itu dengan cik Ju melalui panggilan telefon. Kata papa, dia akan menempah meja untuk 5 orang.
Apabila tiba masa yang dinanti-nantikan, cik Ju dan kededua kakakku tiada di rumah. Walhal papa telah memberitahu mereka seminggu lebih awal. Papa jadi marah dan kecewa. Hasratnya untuk meraikan kejayaan anak bongsunya bersama isteri dan anak-anak tidak kesampaian. Cik Ju hanya menghantar pesanan melalui sms pada papa yang dia membawa kak Sha dan kak Lin bercuti ke Batam. Ada promosi pakej 3 hari 2 malam di hotel yang baru dibuka di Nagoya. Sayang kalau dilepaskan begitu sahaja. Papa betul-betul kecewa dengan cik Ju.
Aku pula yang keriangan. Dapatlah aku makan yang best-best berdua dengan papa. Sebabnya, kalaulah ada cik Ju dan kakak-kakakku, sudah tentu seleraku berkurangan melihat tingkah manja dan mesra mereka bertiga. Bukannya aku cemburu, tapi tak selesa. Lainlah kalau hanya berdua dengan papa !! Seleraku menjadi-jadi, hehehe...

Friday, 4 March 2016
Menjunjung Rindu (Bah 2)
Rasa malu yang teramat sangat membuat aku berlama-lama duduk di dalam kamar mandi itu. Aku tak akan keluar selagi jin galah masih berada di situ. Walaupun kurang jelas, namun masih kedengaran suara papa dan jin galah itu sedang berbual-bual. Setiap kali teringat akan peristiwa yang baru sahaja berlaku, aku tutup muka ku sendiri. Ya Allah ! Malunya aku ! Mengapa lah aku bodoh sangat sampai terpeluk mamat tinggi itu.
" Liyana ! Apa pasal lama sangat tu ?" laung suara papa dari luar.
" Kejap, pa !" sahutku pula.
Aku kemudian mencapai telefon S4 ku dan mula menaip kata-kata untuk papa:
- Papa, bila jin galah itu nak jalan ?
- hahahah :)
- Papa !!!
- Keluar jer lah !! Papa dah haus ni. Cepat buatkan papa nescafe !!
- :(
- Cepat Yana !
- OK OK OK :(
- hahahah :)
- Papa !!!
- Keluar jer lah !! Papa dah haus ni. Cepat buatkan papa nescafe !!
- :(
- Cepat Yana !
- OK OK OK :(
Dengan sangat berat hati, aku keluar juga dari penjara yang aku cipta sendiri itu. Aku biarkan tuala yang masih melilit pada rambut basahku. Kakiku melangkah ke pondok kecil papa. Dari sudut mata, ternampak kelibat dua orang lelaki yang masih leka berbual di ambinan. Cuaca telah berubah mendung. Tidak lagi seterik satu jam yang lalu.
Jam di dinding pondok papa menunjukkan ke pukul 12.30 tengahari. Bermakna semasa dia datang tadi sudah hampir tengahari lah ya ?!! Aduh ! Belum hilang malu kerana tersalah peluk, kini tambah lagi malu terlajak tidur. Mesti si jin tanah itu fikir yang bukan-bukan pasal aku kan ? Anak dara pemalas. Haisshhh....peduli apa aku. Tak ada kena mengena pun. Lantak lah !
" Ehem ehem " batuk seseorang di muka pintu.
" Apa ehem-ehem ? Ingat ini kedai ubat batuk ke ?" sahutku dengan suara perlahan tanpa sedikit pun memandang ke arah dia. Cuba menepis setiap bayangan yang membuat aku malu sebentar tadi.
Dia ketawa. Perlahan tapi cukup membuat jantungku berdegup kencang.
" Lain kali kalau baca ayat kursi itu, jangan separuh jalan. Awak kena lah habiskan..."
Aduhhhhhhh.....sempat pula dia kena kan aku !! Ya Allah malunya aku !! Malu !!
Aku cuba tahan ujian kali ini. Apalagi bila jin galah sendiri yang menguji. Jejariku pantas membancuh seteko air nescafe untuk papa dan juga untuk jin keramat ini. Dengan segenap semangat yang masih ada, aku siapkan minuman itu dan menggagahkan diri membawanya keluar. Tatkala melintasi tubuh tinggi itu, aku tahan nafasku dalam-dalam sambil berdoa agar semuanya selamat.
" Thanks for letting me to hug you...hope it will happen again" bisik dia lirih.
Papa !!!
Aku berhenti seketika. Cuba mengutip semangat yang hilang. Mendongak dan dengan gaya yang seakan berani, aku angkat keningku setinggi yang mampu. Memandang tepat pada anak matanya.
" I dare you Mr Firdaus ! Sekiranya ia berlaku lagi, sekelepuk penumbuk saya hayunkan kat muka awak !! Huh !!"
Dia terpaku. Aku pula yang termangu. Sebelum darahku sendiri menyimbah untuk memerahkan wajah dan cuping telinga, aku memalingkan tubuh. Meneruskan langkah menuju ke tempat papa untuk memberikan minuman yang tersusun rapi di atas dulang yang masih terletak cantik di atas dua tanganku itu.
Perasaan geram, marah dan kepuasan saling bertingkah di dalam lubuk hati. Padan muka kau, jin galah !! Kau ingat kau boleh suka-suka nak sound kat aku macam tu !!
Namun yang buat aku masih merasa tidak puas hati, masih merasa diri ini lemah ialah apabila perasaan malu masih lagi menjalar di minda dan naluriku. Mesti dalam hati kering si jin galah tu, masih lagi ketawakan kebodohanku....aduhhhhh
Thursday, 3 March 2016
Menjunjung Rindu (Bah 1)
Pagi itu, mataku terbuka dek panahan mentari yang memanasi kelopak mata. Aku terkebil-kebil mencari kekuatan untuk melawan terik yang memedihkan itu. Beberapa lobang yang terdapat dari celah-celah atap zinc yang menutupi bahagian atap tempat aku berbaring itu, telah mengajak sinar mentari menerobos masuk untuk memanaskan seluruh wajahku. Pada masa yang sama, suara kicauan burung mencicip-cicip di luar bengkel papaku itu. Memujuk-mujuk aku untuk segera bangkit. Itulah manja sangatkan ! Arwah mama dulu selalu pesan:
- Jangan amalkan tidur semula selepas solat subuh. Papa pun selalu lah juga bising kat aku. Kata papa, tak elok kalau tidur semula -
Haruman dari kayu-kayu jati juga bagaikan mengajak aku untuk melawan rasa ngantuk yang teramat berat menindihku itu. Tubuhku yang sudah beberapa kali menggeliat kecil semakin menyedapkan setiap bahagian tubuhku untuk terus berbaring. Tatkala mataku akhirnya mula terbuka luas dan membesar, senyuman seseorang yang berdiri berdekatan, membuat aku terpejam semula.
Oh tidak ! Ya Allah dugaan apa pula yang engkau beri pada aku kali ini. Kemunculan insan itu bukan sahaja akan membuat keadaan huru-hara, tapi akan lebih menyiksakan jiwa dan raga. Serik rasanya sering dimarahi kededua kakakku dirumah.
Tanpa membuang masa, aku buka mata semula dan membawa langkah terus ke kamar mandi kecil di sebelah ambin tempat perbaringan ku itu. Sedikit pun aku tidak menoleh ke belakang. Kerana aku tahu, tak mungkin akan ada makhluk yang akan menziarahi tempat itu, sepagi ini. Tempat nisan-nisan bertaburan di sana sini. Mengarut betullah pandangan tadi. Walaupun sempat menggetarkan jiwaku...hihihi...hmm satu kebahagiaan juga kan ? Eeee gatalnya anak dara Pak Rahman sorang ni...
" Assalamualaikum"
Mak kau !! Hey gila ke apa aku ni ! Betul lah ada orang ? Issshh...nak jawab ke tidak eh ? Dibuatnya jin jantan...mati lah aku dibawanya lari nanti.
" Ehem...Assalamualaikum Yana"
Wei !! Dia tahu nama aku lah !! Buat homework betul jin ini. Tahu nama segala. Tiba-tiba perasaan gerun mula mencengkam hati dan minda. Tubuh kecilku mula menggigil. Ketakutan yang menyerang segenap urat saraf serta nuraniku membuat aku terduduk di lantai. Ya Allah ! Tolonglah aku.
" Papa cepatlah datang ! Orang takut ni..." Bisikku dengan tangan menutup telinga. Airmata sudah mula bertakung. Rasa takut semakin mencengkam.
" Hey awak ! Sorry sorry...I don't meant to scares you"
Dah dia speaking London lah pulak ! Jin sesat ke ni ? Semakin aku rasa dia cuba mendekat, semakin kuat aku memeluk diriku sendiri dan semakin kuncup tubuh aku jadinya. Sudahlah dia menyerupai mamat handsome gila tu, ini nak cuba-cuba pulak mengurat ! Ishhh...tak boleh jadi ini ! Aku harus kuat !
" Allahulla ila ha illa huwal hai yul qaiyum ! Latak huzuhu sinatum wala naum !!!" Jerit aku dengan kuat. Cuba melawan makhluk gatal itu.
" Hahahahaaahahahhhaha"
Hei ! Aku tahulah engkau tu jin Islam yang reti ayat kursi, tapi tak payahlah nak ketawa bagai.
" Yana ! Yana !"
Suara papa lah ! Yes ! Papa heroku !
Satu sentuhan di bahu membuat aku terus gagah berdiri, kuatkan semangatku dan terus merangkul tubuh papa yang datang menyelamatkan sang puterinya ini. Fuh ! Thank you papa !
" Yana ??!!"
Duupp ! Jatuh sekejap jantungku.
Macamana pula suara papa bunyinya jauh. Bukan aku sedang peluk papa ke ? Tapi...tapi...oh oh... Baru aku perasan pada ketinggian tubuh ini. Tanganku yang sedang sedap bergantung di bahu 'papa' aku lurutkan. Sempat juga tersentuh lengan sasa itu. Ya Allah ! Aku peluk siapa ini ??!!!!!
Waktu itulah aku dapat mendengar degupan jantung yang deras dari tubuh yang sasa. Rasa nikmat berada dalam pelukan seseorang yang memelukku dengan kemas tadi, menyimbah rasa malu dan marah dalam diri sendiri. Suara batuk kecil dari tubuh itu membuat aku semakin tidak keruan. Aku melangkah setapak demi setapak ke belakang. Wajahku tetap memandang lantai. Aku tahu dia sedang ketawakan aku.
" I'm sorry..." kataku dan terus berlari ke bilik air.

Eh ? Tapi betul ke itu dia ? Ah !! Mungkin aku masih di dalam mimpi kot ! Hahaha...Liyana, Liyana....janganlah nak perasan sangat. Siapa lah engkau pada dia.

Sempat aku dengar gelak tawa papa dan si dia. Jin lah sangat, Nurul Liyana !! Malunya !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)