Tuesday, 4 April 2017

Majlis Walimah Izzah @ ACBBH - DAY 2

Seawal jam 7.30 pagi, sudah mula riuh dengan suara-suara yang saling berbual di koridor dan di halaman chalet kami. Ada yang dah bersiap-siap untuk ambil kak Intan dan famili Mak Teh dari Wdlands Checkpoint.

Sementara menantikan ketibaan sarapan nasi lemak Selera Rasa yang aku order untuk 70 pax, masing-masing duduk di luar. Izzah pula sibuk meletak minyak angin pada tangannya yang masih bersisa serbuk inai semalam. Ikut tips dari Saras, kawan Nor yg menginaikannya malam tadi. 

Setelah menempatkan famili Mak Uteh dari Klang & Kak Intan dari Perak di chalet masing2, kami meneruskan urusan mempersiapkan bunga rampai, sireh dara & hiasan bunga pahar.

Mak Andam Ani tiba seawal jam 11.30 pagi utk mengandam Izzah. Sebelum itu Izzah dapat panggilan dari Jakarta. Walaupun talian asyik terputus Izzah sabar melayan panggilan abahnya dengan linangan airmata yg mencurah2. Mujur ada Tikah yg memujuk. Perasaan sebak berjauhan dengan abah di hari bersejarah tidak siapa dapat menahan. 

Monday, 27 February 2017

Menjunjung Rindu (Bah 7)

       Dalam usia remaja begini, perasaan cintan cintun kerap singgah di hati nurani kami. Walaupun kami saling mengusik antara sama lain, namun itu semua setakat mengisi masa-masa lengang kami bertiga. Iqah dan Ashlyn gemar benar dengan pelakon-pelakon Korea. Mereka sekepala. Bila mereka mula bercakap mengenai artis-astis pujaan mereka itu, aku sering ketinggalan. Perkataan  'annyeong haseyo', 'saranghe', 'kamsahamnida' sudah tidak asing lagi pada pendengaranku.
        Satu kenangan indah yang yang masih lagi bermain-main diingatanku berlaku pada tahun lalu. Waktu itu aku menunggu kededua minah-minah Korea itu di Harbour Front. Kami bercadang membelikan hadiah untuk Mr Allan Teoh, salah seorang guru di kolej yang akan berhenti mengajar. Mr Allan akan berpindah ke rumah anaknya di New Zealand pada penghujung semester kedua kami. Aku ini seorang yang cukup penyabar. Setelah hampir satu jam, bayang mereka masih tidak kelihatan, aku menghantar pesanan di whatsapp grup kami.
         SATU JAM SUDAH BERLALU...tulisku di skrin handphone.
         Aku tunggu sedetik, dua detik, tiga detik. Berpuluh-puluh detik, masih tidak dibalas. Sekumpulan grup abang-abang dengan jersey kumpulan bolasepak EPL kegemaranku, sedang berborak tidak jauh dari bangku yang aku duduk. Menghadap ke laut yang bertentangan dengan USS. Dari perbualan mereka sedikit sebanyak tahu lah aku, mereka sedang menanti beberapa teman lain untuk satu pertemuan. Dua atau tiga orang dari mereka menyandang gitar di bahu. Aku hanya tersenyum bila ada yang cuba mengajak aku berbual.
         " Tunggu kawan ke sis ?".
         " Wei ! Jangan kacau lah. Kejap lagi bokop mata lu orang kena tumbuk mat tahir dia"
         " Lu macam champion jer, macam lah tahu siapa mamat dia"
         " Lu apa hal ! Lu tengok lah muka gua ni"
         " Apsal ?"
         " Ini lah abang Lallana, mat tahir adik ni !!"
         Suara gelak ketawa berderai di sana sini. Berderai juga di sanubariku. Masa itu nama Adam Lallana memang terkenal di kalangan peminat bolasepak kumpulan kebanggaanku, LFC. Pemain yang mengguna nombor 20 pada jersey bolasepak LFC. Sekilas terbayang wajah kacak pemain tersebut.
           Hampir 15 minit kemudian...
           MIAHNHAE....jawab Ashlyn bersama ikon minta maaf. Fahamlah aku. perkataan itu maknanya 'maaf'. Belum sempat aku menaip untuk menjawab, kededua temanku itu tiba-tiba muncul di depan mata.
          " Kamsahamnida", sapa kededuanya hampir serentak.
          " Dua-dua pun tak ada lah", jawabku bersahaja.
           Aku perasan kededua kawan ku itu berpandang sesama sendiri.
           " Siapa yang tak ada ?" tanya Asylyn kebingungan.
           " Abang Kamsan dengan Kak Hamidah lah" jawabku perlahan yang membuat kededuanya memukul-mukul lengan dan bahuku.
            Dalam masa yang sama, kami terdengar juga kelak tawa dari grup bersebelahan. Ketika kami melihat pada mereka, ada diantara mereka yang menjempolkan jari mereka ke arah ku. Tertanya-tanya lah juga di dalam hati, mereka mencuri dengar ke gurauan kami tadi ? Hahaha....malunya aku !!
            " Baiklah sister !!" jerit seseorang dikalangan mereka.
            " Tapi kalau nak cari Wak Kamsan, ada ni baru sampai ", kata seseorang tatkala muncul seorang pemuda yang baru tiba di depan mereka.
             Pemuda itu memicingkan mata bundarnya dek panahan mentari. Diamat-amati wajah gadis yang sedang diusik teman-teman seramai 8 orang itu. Ada rasa getar didada. Wajah gadis itu seiras wajah mungil anak kecil yang pernah dikenalinya bertahun-tahun yang lalu. Adik nakal yang sering mengusik dan diusik. Saling berlarian dan berkejaran. Sungguh dia yakin, itulah adik kecil yang nakal dulu.
       Di tengah-tengah keriuhan teman-temannya, pemuda yang digelar ' wak Kamsan' itu tadi melangkah ke arah 3 orang gadis yang sedang hendak berlalu pergi. Beberapa teman yang sedar akan 'keberanian' teman yang satu itu, mula termangu dan saling berbisik sesama sendiri. Ada yang cuba mengikut untuk menemani, ada pula yang mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam.
        " Adik ?!" panggil lelaki muda itu.
        Tiada respon. Ketiga-tiga gadis sebaya itu sudah pun membelakanginya dan meneruskan perjalanan mereka sambil saling usik-mengusik sesama sendiri.
         Lelaki itu panggil lagi buat kali kedua. Namun masih tidak bersahut. Teman-teman lelaki itu sudah mula mengejek. Namun dia masih mahu mencuba. Ada rasa bahagia yang mula menjalar perlahan-lahan memasuki rongga perasaannya. Rindunya pada anak gadis itu masih lagi bersisa, walaupun pernah dihimpit rasa kecewa. Indahnya zaman kanak-kanaknya dulu.
         " Farrah Liyana anak Pak Rahman !!" Jerit lelaki itu yang membuatkan seakan dunia berhenti berputar untuk seketika.
         Terhenti langkah ketiga-tiga gadis yang sudah hampir ke pintu masuk Harbour Front itu. Bagai terhenti juga jantung hati Yana. Nama penuh aku tu !! Selain teman-teman sekolej dan teman-teman rapat, tidak ramai yang tahu nama penuhnya. Siap dengan nama papa lagi.
          Yana lah teman terakhir memusingkan tubuhnya untuk menghadap orang yang memanggil nama pemberian kedua orang tuanya itu. Dia memandang pada sesusuk tubuh yang sedang terpacak di depan. Badan yang sederhana sasa. Ketinggian sekitar 1.7. Kulit bersawo matang. Dan sebuah senyuman. Senyuman itu !! Senyuman yang telah lama tidak pernah lagi dilihatnya. Senyuman yang naik hingga ke kelopak mata.
         Yakinlah dia lelaki itu adalah lelaki yang sama pernah menjadi teman sepermainan semasa kecil. Kali terakhir mereka pernah bertemu ketika Yana baru melangkah ke darjah 3 dan temannya itu  pula sudah melangkah ke tingkatan 1. Jauh betul waktu meninggalkan mereka.
        " Kenapa orang meninggal mesti guna kain putih ? Kenapa tak warna purple ?", ujar lelaki itu seakan mengingatkan Liyana akan kata-kata mereka semasa kecil dulu.
        Teman-teman Liyana saling berpandangan. Ini satu teka-teki ke ? Biar betul mamat ini. Sudahlah mereka masih lagi terpinga-pinga bila dia memanggil nama penuh teman mereka itu, ini berselamba sahaja beri teka-teki. Liyana pula sengaja membiarkan teman-temannya kebingungan begitu.
        " Abang ni biar betul. Main teka-teki pulak tengah-tengah panas macam ni ?" terkeluar juga kekata dari mulut Ashlyn. Dalam diam dia mengkagumi lelaki yang sedang bermain senyum dengan mereka itu.
        Gelora yang kian menjalar ke seluruh jantung hati Liyana, dikawalnya sebaik mungkin. Mulutnya bagai terkunci untuk berlawan kata. Walaupun samar-samar, namun ingatannya masih sedikit sebanyak boleh mengingati kejadian-kejadian semasa mereka masih anak-anak kecil dulu. Dan Liyana juga masih tidak lupa isu kain putih dan kain purple itu. Mahu sahaja rasanya dia memalingkan tubuh untuk menghamburkan tawa gelihatinya. Namun dia masih bertahan.
        " Tu bukan teka-teki. Itu dia sindir aku lah", kata Yana perlahan pada Ashlyn.
        " Ooohhhh !!! Korang kenal ??" Jerit Iqah sebelum mulutnya dicekup Yana.
         Lelaki itu melangkah merapati ketiga-tiga gadis itu. Dia yakin seyakin-yakinnya, itulah gadis yang selama ini dia berharap dapat bertemu kembali.
         " Adik ?" Tegurnya tepat di hadapan Yana.
         Perlahan-lahan Yana melepaskan cekupan tangan pada mulut Iqah. Perasaan malu terjah tiba-tiba. Lelaki yang baru muncul tersenyum melihat perangai Yana yang masih sama seperti dulu. Suasana seperti itulah yang semakin membuat kenangan lama terimbas kembali. Terubat sedikit rasa rindu yang selama ini dipendam rapat-rapat.
          " Assalamualaikum, abang Hans...", tutur Yana perlahan menyambut kehadiran teman lamanya itu.
          " Waalaikumusalam Warahmatullah, adik abang", jawab Hans dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Dalam diam dia sempat mengucap syukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan lagi.
           " Wak Kamsan, oiii !!! Takkan makan sorang ??!!" Jerit kawan-kawan Hans yang cemburu melihat perkenalannya dengan seorang gadis kecil yang ayu.
           Yana mula terseyum. Bahagia tapi malu...


        
       
                 

Sunday, 8 January 2017

Menjunjung Rindu (Bah 6)

       Masih ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan A level. Harapan papa tinggi melambung. Berharap adalah juga salah seorang anaknya yang menjejakkan kaki ke U. Kak Sha hanya berjaya sampai ke polytechnic sementara kak Lin ke NAFA, itu pun separuh jalan . Kededua kakak ku itu tidak mahu meneruskan pembelajaran mereka. Kak Sha bekerja di syarikat perguaman sebagai pegawai administrasi sementara kak Lin pembantu pengetua di pusat tadika swasta.
      Kekadang harapan papa membuat aku tertekan. Kekadang pula membuat aku semakin bersemangat untuk berjaya. Apa-apa pun yang berkaitan dengan hati dan perasaan papa, sedaya yang aku mampu aku mahu membuat papa bahagia. Tersenyum. Bergelak ketawa. Aku tahu hubungan papa dengan cik Ju agak dingin. Kemahuan cik Ju terlalu besar. Namun aku tidak pernah sedikit pun bertanyakan pada papa tentang hubungan mereka.
       Tahap pembelajaranku tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu lemah. Guru-guru dan teman-teman banyak mendorong dan membantu. Mereka tahu akan keadaanku yang kurang mendapat perhatian di rumah. Kami sering belajar bersama di dalam grup study. Sejak penggal pertama lagi kami sudah mula buat persiapan.
        Iqah dan Ashlyn adalah sahabat-sahabat baikku. Kemana-mana pun kami sering bertiga. Kami mula rapat semenjak dari tingkatan dua lagi di sekolah menengah BVSS. Semasa pemilihan untuk masuk ke maktab rendah, kami sama-sama bermohon di kolej yang sama. Apabila kami terpilih, masing-masing melonjak kegembiraan.
       Iqah sudah mula berhijab. Setiap kali kami keluar bersama, Iqah mengenakan pakaian muslimah. Berjubah dan bertudung. Ashlyn dan aku pula seperti remaja yang lain. Ashlyn masih lagi berseluar skinny dan berbaju singkat. Aku pula hanya bersederhana. Dengan bentuk badan yang kecil dan ketinggian 1.55m, aku lebih gemar mengenakan t-shirt berlengan dan seluar jeans biasa. Kekadang aku mengenakan juga blaus dan seluar palazo atau skirt maxi.
       Kekadang aku ikut juga papa ke masjid untuk mendengar syarahan ugama. Waktu itulah aku akan mengenakan hijabku. Adalah beberapa pasang yang aku beli dengan menggunakan wang simpanan bank dan juga dari hasil lebihan duit sekolah pemberian papa. Sedari kecil lagi kami bertiga telah dididik untuk menabung. Aku sudah mula memiliki buku simpanan wang di bank semenjak usia 7 tahun. Papa telah membuka akaun untuk kami bertiga setelah mengagih-agihkan dana hasil duit insuran arwah mama. Selain itu, biasanya setiap tahun separuh dari wang koleksi duit raya, akan aku masukkanke dalam akaun bank. Setiap kali papa bantu aku mengemaskini buku akaun, aku akan berasa girang.
        Semasa berada di dalam darjah 6, aku memberitahu papa aku mahu menggunakan wangku sendiri untuk mambayar yuran PSLE. Mulanya papa keberatan,
        " Yana kan masih dalam tanggungan papa. PSLE fees ni biar papa sahajalah yang bayar". Tegas papa semasa aku merayu mahu gunakan wang aku sendiri.
        Waktu itu kami baru sahaja mengemaskini buku akaun. Aku tunjukkan pada papa buku akaun milik aku sendiri.
        " Papa tengok ini. I have $2,500.52. Banyak ini pa ! Please I want to pay my own. Please lah papa", rayuku bertalu-talu. Pada aku duit kalau dah jumlahnya beribu-ribu banyak gila lah tu !
        Waktu itu kita berdua telah sampai ke ofis papa di Woodlands. Papa ketawa. Aku pula yang mencuka. Papa mana boleh ketawakan aku ! Aku serius waktu itu. Dalam benak hatiku, aku tak mahu papa bersusah payah mengeluarkan duit. Kesian papa. Kerja selalu sampai larut malam. Manalah tahu kalau aku gunakan duit aku sendiri, papa tak perlu lah lagi kerja overtime untuk cari duit lebih. Cari duit untuk yuran periksa PSLE aku.
         " Angel papa ini, kalau dah muka masam mencuka macam ini, mesti tengah marahkan papa lah kan ?" Ujar papa kemudian.
         " Mari sini, papa cakap sikit..." kata papa sambil merapatkan kerusi yang aku duduk untuk mendekatinya.
         " Dengar sini sayang, papa overtime bukannya pasal nak cari duit lebih semata. Papa kerja overtime disebabkan tanggungjawab papa. Kerja itu kan satu amanah", jelas papa.
         " Lagi pun papa tengah sibuk kemaskan pondok kita tu. Papa dah tak boleh buat kerja-kerja papa kat situ. Pondok kita tu dah nak kena roboh. NPark tak benarkan", terang papa lagi.
         " Papa nak pindah ke mana ? Buat pondok baru ke pa ?" tanyaku berulang-ulang.
         Hati jadi sayu tiba-tiba. Walaupun dah jarang ke pondok yang terletak di tengah-tengah pusara itu, tapi memori sewaktu bersama arwah mama dan teman-teman sepermainan masih lagi aku simpan.


          Papa tersenyum. Melihat kekalutan wajahku, papa terus tergelak. Kemudian papa terangkan padaku tentang undang-undang kerajaan yang tidak lagi membenarkan para kontraktor mendirikan pondok atau khemah. Beberapa hal-hal jenayah yang sudah mula menampakkan kenaikan, membuat kerajaan mengambil langkah sedemikian. Terpaksalah kontraktor seperjuangan papa diarahkan merobohkan pondok-pondok tersebut.
          Semenjak itu, papa mula bertukang di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Woodland. Memandangkan kekadang aku menemani papa sambil mentelaah pelajaran di situ, papa sanggup membuatkan aku sebuah pondok kecil bagi menggantikan yang lama. Terletak di belakang bengkel yang siap beratapkan kepingan zinc. Papa letakkan juga sekeping tilam untuk membuat aku lebih selesa berehat sementara menanti papa.
           Bertahun-tahun aku berulang-alik ke situ. Sedari umur 11 tahun hinggalah aku kini sudah pun berusia 18 tahun. Teman-teman kontraktor papa dan seorang penjaga administrasi sudah terlalu lali dengan perangaiku yang masih lagi bermanja dengan papa. Mereka jugalah yang sama-sama menjadi pendorong kuatku untuk belajar dan terus belajar. Mereka tidak mahu aku menjadi seperti mereka. Bertunguks lumus siang dan malam demi mencari rezeki untuk keluarga. Aku berjanji pada papa, aku akan sampaikan hasrat papa untuk melihat aku cemerlang dan berjaya. In shaa Allah, papa.