Masih ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan A level. Harapan papa tinggi melambung. Berharap adalah juga salah seorang anaknya yang menjejakkan kaki ke U. Kak Sha hanya berjaya sampai ke polytechnic sementara kak Lin ke NAFA, itu pun separuh jalan . Kededua kakak ku itu tidak mahu meneruskan pembelajaran mereka. Kak Sha bekerja di syarikat perguaman sebagai pegawai administrasi sementara kak Lin pembantu pengetua di pusat tadika swasta.
Kekadang harapan papa membuat aku tertekan. Kekadang pula membuat aku semakin bersemangat untuk berjaya. Apa-apa pun yang berkaitan dengan hati dan perasaan papa, sedaya yang aku mampu aku mahu membuat papa bahagia. Tersenyum. Bergelak ketawa. Aku tahu hubungan papa dengan cik Ju agak dingin. Kemahuan cik Ju terlalu besar. Namun aku tidak pernah sedikit pun bertanyakan pada papa tentang hubungan mereka.
Tahap pembelajaranku tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu lemah. Guru-guru dan teman-teman banyak mendorong dan membantu. Mereka tahu akan keadaanku yang kurang mendapat perhatian di rumah. Kami sering belajar bersama di dalam grup study. Sejak penggal pertama lagi kami sudah mula buat persiapan.
Iqah dan Ashlyn adalah sahabat-sahabat baikku. Kemana-mana pun kami sering bertiga. Kami mula rapat semenjak dari tingkatan dua lagi di sekolah menengah BVSS. Semasa pemilihan untuk masuk ke maktab rendah, kami sama-sama bermohon di kolej yang sama. Apabila kami terpilih, masing-masing melonjak kegembiraan.
Iqah sudah mula berhijab. Setiap kali kami keluar bersama, Iqah mengenakan pakaian muslimah. Berjubah dan bertudung. Ashlyn dan aku pula seperti remaja yang lain. Ashlyn masih lagi berseluar skinny dan berbaju singkat. Aku pula hanya bersederhana. Dengan bentuk badan yang kecil dan ketinggian 1.55m, aku lebih gemar mengenakan t-shirt berlengan dan seluar jeans biasa. Kekadang aku mengenakan juga blaus dan seluar palazo atau skirt maxi.
Kekadang aku ikut juga papa ke masjid untuk mendengar syarahan ugama. Waktu itulah aku akan mengenakan hijabku. Adalah beberapa pasang yang aku beli dengan menggunakan wang simpanan bank dan juga dari hasil lebihan duit sekolah pemberian papa. Sedari kecil lagi kami bertiga telah dididik untuk menabung. Aku sudah mula memiliki buku simpanan wang di bank semenjak usia 7 tahun. Papa telah membuka akaun untuk kami bertiga setelah mengagih-agihkan dana hasil duit insuran arwah mama. Selain itu, biasanya setiap tahun separuh dari wang koleksi duit raya, akan aku masukkanke dalam akaun bank. Setiap kali papa bantu aku mengemaskini buku akaun, aku akan berasa girang.
Semasa berada di dalam darjah 6, aku memberitahu papa aku mahu menggunakan wangku sendiri untuk mambayar yuran PSLE. Mulanya papa keberatan,
" Yana kan masih dalam tanggungan papa. PSLE fees ni biar papa sahajalah yang bayar". Tegas papa semasa aku merayu mahu gunakan wang aku sendiri.
Waktu itu kami baru sahaja mengemaskini buku akaun. Aku tunjukkan pada papa buku akaun milik aku sendiri.
" Papa tengok ini. I have $2,500.52. Banyak ini pa ! Please I want to pay my own. Please lah papa", rayuku bertalu-talu. Pada aku duit kalau dah jumlahnya beribu-ribu banyak gila lah tu !
Waktu itu kita berdua telah sampai ke ofis papa di Woodlands. Papa ketawa. Aku pula yang mencuka. Papa mana boleh ketawakan aku ! Aku serius waktu itu. Dalam benak hatiku, aku tak mahu papa bersusah payah mengeluarkan duit. Kesian papa. Kerja selalu sampai larut malam. Manalah tahu kalau aku gunakan duit aku sendiri, papa tak perlu lah lagi kerja overtime untuk cari duit lebih. Cari duit untuk yuran periksa PSLE aku.
" Angel papa ini, kalau dah muka masam mencuka macam ini, mesti tengah marahkan papa lah kan ?" Ujar papa kemudian.
" Mari sini, papa cakap sikit..." kata papa sambil merapatkan kerusi yang aku duduk untuk mendekatinya.
" Dengar sini sayang, papa overtime bukannya pasal nak cari duit lebih semata. Papa kerja overtime disebabkan tanggungjawab papa. Kerja itu kan satu amanah", jelas papa.
" Lagi pun papa tengah sibuk kemaskan pondok kita tu. Papa dah tak boleh buat kerja-kerja papa kat situ. Pondok kita tu dah nak kena roboh. NPark tak benarkan", terang papa lagi.
" Papa nak pindah ke mana ? Buat pondok baru ke pa ?" tanyaku berulang-ulang.
Hati jadi sayu tiba-tiba. Walaupun dah jarang ke pondok yang terletak di tengah-tengah pusara itu, tapi memori sewaktu bersama arwah mama dan teman-teman sepermainan masih lagi aku simpan.
Papa tersenyum. Melihat kekalutan wajahku, papa terus tergelak. Kemudian papa terangkan padaku tentang undang-undang kerajaan yang tidak lagi membenarkan para kontraktor mendirikan pondok atau khemah. Beberapa hal-hal jenayah yang sudah mula menampakkan kenaikan, membuat kerajaan mengambil langkah sedemikian. Terpaksalah kontraktor seperjuangan papa diarahkan merobohkan pondok-pondok tersebut.
Semenjak itu, papa mula bertukang di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Woodland. Memandangkan kekadang aku menemani papa sambil mentelaah pelajaran di situ, papa sanggup membuatkan aku sebuah pondok kecil bagi menggantikan yang lama. Terletak di belakang bengkel yang siap beratapkan kepingan zinc. Papa letakkan juga sekeping tilam untuk membuat aku lebih selesa berehat sementara menanti papa.
Bertahun-tahun aku berulang-alik ke situ. Sedari umur 11 tahun hinggalah aku kini sudah pun berusia 18 tahun. Teman-teman kontraktor papa dan seorang penjaga administrasi sudah terlalu lali dengan perangaiku yang masih lagi bermanja dengan papa. Mereka jugalah yang sama-sama menjadi pendorong kuatku untuk belajar dan terus belajar. Mereka tidak mahu aku menjadi seperti mereka. Bertunguks lumus siang dan malam demi mencari rezeki untuk keluarga. Aku berjanji pada papa, aku akan sampaikan hasrat papa untuk melihat aku cemerlang dan berjaya. In shaa Allah, papa.
No comments:
Post a Comment