600 kad undangan sudah kami bagi-bagikan kepada sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Juga pada kaum kerabat di Malaysia. Berkat untuk tetamu sebanyak 1100 biji tepak sireh mini juga telah pun dibungkus rapi. Gubahan hantaran hampir siap. Pakaian untuk 4 hari dan 3 mlm juga telah pun siap tersusun di dalam beg-beg pakaian. Bagai hendak bercuti jauh gayanya.
Aku mengambil cuti seminggu sebelum majlis dan Izzah pula mula bercuti pada hari Khamis 24/11/16. Izyan sudah mula bercuti sekolah selesai kertas terakhir O level pada 11/11/16. Waktu itu aku tidak putus-putus mohon doa pada Allah minta dipermudahkan semua urusan kami untuk majlis ini dan yang paling utama agar semua ahli keluarga kami dan para tetamu akan merasa selesa dan bahagia serta berpuas hati. Ya Allah ! Bantulah aku untuk memberi yang terbaik untuk majlis anak sulong ku ini...aamiin...
Izzah masih sempat ke spa @ Norfasarie pada hari Khamis ditemani teman baiknya, Tikah. Pada hari
Jumaat 25/11/16 @ 2.00 ptg, setelah solat Jumaat, lori yang dipandu Irfan tiba untuk mengangkut barang-barang kami ke ACBBH. Lynn pula masih sempat membeli kan aku cermin muka tinggi untuk diletak di bilik pengantin @ chalet bagi memudahkan andaman dan bersolek. Masa itu teman-teman Aan turut membantu. Riuh dan gamat jadinya.
Perasaanku mula berdebar. Harapan untuk melihat kebahagiaan seluruh kaum kerabatku, pada majlis walimah itu kelak amatlah tinggi.
Sebuah lori dan dua buah kereta dipandu oleh Muhd dan Cik Sani tiba di ACBBH sekitar jam 2.30 ptg. Aku langsung ke pejabat untuk mendaftar dengan seorang pegawai. Kesemua chalet yang tersedia ada telah diperuntukkan untuk keluarga besarku. Setelah mengambil 8 kunci dan 8 buah fail, aku mula membahagi-bahagikan tugasan. Kamal akan membuka kesemua chalet. Hazmi menguruskan hal 8 buah fail. Dan yang lain-lain, yang sedang gamat dan kecoh, aku suruh turunkan barang-barang kami dari lori untuk diletak di tempat-tempat yang sepatutnya. Lebih 20 kotak berisi tepak sireh mini, aku arahkan ke khemah.
Sempat lagi adik aku yang super diva, bermain buaian di tengah-tengah kesibukan kita.
Ini pula gambar di dalam khemah yang sedang dalam proses memasang dekor...
Satu demi satu keluargaku mula datang untuk check-in. Adik-adik lelaki mantan suamiku juga datang sama untuk menjengok-jengok keadaan. Mereka akan datang lagi pada bahagian malam untuk menghadiri kenduri tahlil. Bila hari mula senja....kami mula sediakan tempat untuk kenduri di bawah aktivity hall.
Cik Sani menaja makanan kami malam itu - Roti kirai beserta kari ayam selain epok-epok kentang dan sardin yang aku tempah dari jiran Nor @ Bt Panjang dan kuih nona manis dari cik Siti @ CCK, Yew Tee yang turut menyumbang. T'kasih semua :)
Malam itu, kami solat maghrib berjemaah di chalet Lan @ D01. Kamal qamat dan Amir menjadi imam solat kami itu. Hujan yang turun ketika magrib hampir menjelang sebentar tadi, mula reda. Aku ingat kita adakan kenduri di salah satu ruang di dalam chalet sahaja. Tapi Amir mahu mengadakan di dalam activity hall itu juga. Katanya lebih baik. Yang lain setuju. Tepat jam 8.00 mlm, berkumandanglah suara bacaan ayat-ayat suci dari kami yang duduk bersila di activity hall tersebut sambil bertahlil yang dipimpin oleh adik iparku, Hj Amir.
Ibu mertuaku, adik iparku, Mahmood dan isterinya, Feera turut hadir. Kenduri di luar chalet, dikelilingi hutan rimba dan bunyi-bunyi cengkerik dan katak, adalah satu perkara yang pertama kali kami adakan. Gempak betul kan malam pertama kami di ACBBH itu !!
Acara henna nite kami mulakan pada jam 9.30 mlm. Acara yang sederhana sahaja. Namun cukup meriah dengan kehadiran kaum keluargaku.











No comments:
Post a Comment