Wednesday, 16 December 2015

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2015 akan disambut 2 kali iaitu pada tarikh berikut :-
  1. 1436H jatuh pada 3 Januari 2015
  2. 1437H jatuh pada 24 Disember 2015 

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Top of Form
Top of Form
Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM
 
 
 

Wednesday, 9 December 2015

Perginya Sang Putera Raja yang Berjiwa Rakyat

Kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, pada malam 5 Disember 2016 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kanser hati benar-benar merentap tangkai hatiku. Hampir setahun aku ikut semua kisah dalam IG dan FB Tunku. Bukannya aku terpukau akan ketrampilannya....tapi lebih kepada keperibadian seorang putera raja, anak ke4 Sultan Ibrahim itu. Setiap postingnya sering mengundang senyumku. Tunku Jalil (TJ) semoga rohmu tenang disana...Alfatehah buatmu...
 
 




 

Wednesday, 2 December 2015

Gambar-gambar Retreat bersama BBEMAEC 27 Nov 2015

Retreat BBECC pertama bersama Puan Rahayu Mahzan, yang tersangat anggun dan periang...

Saat menanti untuk menaiki feri ke Batam
Wah ! Sifu Zainon bawa 2 pengawal peribadi dan peribodi ah :)

Bentuk pisang dalam kulit popiah...yang rangup masakan Kak Sulimah
Fuh ! Selesai tugasku sebagai 'facilitator' kumpulan LOVE. Lepas ni...makan time
Terduduk sebelah Hj Wahid...kesian kan, kembar Hj Wahid duduk jauh

Mak long !



Bersama Puan Rahayu di hadapan Masjid Mohamad Cheng Ho.
Masjid yang berbentuk seperti rumah Cina


Rezeki ku dapat melihat mentari pagi dari jendela I Hotel Baloi, Batam






Pemergianmu, Pak Yus...

30 Nov 2015.....
 
Berita sangat-sangat mengejutkan. Aku jatuh sedih. Ya Allah...Kau tempatkanlah insan yang telah banyak membuat kami ketawa dan bahagia ini di tempatMU yang terbaik.

Insan bernama Yussri Bin Edoo..bukan insan biasa-biasa. Walau pernah hidup penuh daif, dia bangkit, berdiri dan membantu mereka yang memerlukan. Allahuakhbar damai lah engkau disana pak yus..
 
Kami tetap merinduimu...sekalung AlFatehah untukmu..
 
Harap2 twitter Pak Yus tidak akan ditutup
 



 

yus_jambu76

Yussry_Edoo (P.J.K PERLIS)

  • 1,302posts
  • 533,069followers
  • 4,408

Saturday, 21 November 2015

YNWA

Korang Takkan
pernah Jalan Seorang...

Sebab....kitorang akan selalu bersama...

Hehehe :)

22/11/2015

Wednesday, 18 November 2015

Coretan Laut & Awan. Indah !

Sekadar mengisi ruang blogku ini :)



Semua orang mahukan ketenangan. Semua orang inginkan kedamaian. Bila tengok pada laut....yang teramat luas, lepas tu tengok pula ke atas pada corakan awan putih yang terbentang indah...MasyaAllah...lukisan yang sangat menakjubkan....Harta Ciptaan Allah yang tidak perlu kita BAYAR untuk menikmatinya !!

Itu pun orang masih berebut-rebut mencari harta sana-sini. Terkejar-kejar mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan harta dunia. Tapi kalau dah memang dari dalam perut bonda pun dah menjadi waris pada segudang harta, tak apalah juga kan. Gila lah pulak bila dah besar harta itu kita tolak jauh-jauh. Nak ikut sunnah katanya. Ishhh kalau dah itu hak dan rezeki yang tertulis....terima jer lah. Buat benda elok. Bayar zakat, fitrah...sedekah buat masjid...kasi orang susah...kalau sedekah kat aku pun aku terima dengan senang hati, hihihih...rezeki jgn ditolak :)

Cakap balik pasal laut, pasal awan...Sungguh aku kagum ! Laut tak pernah kering...awan pula tak pernah jemu beri kita lukisan-lukisan yang cantik. Fikirkan itu saja, aku cukup kagum atas keajaiban alam. Cukup malu dengan pencipta kita yang tidak pernah jemu menghadiahkan dunia ini dengan beraneka corak keindahan.

Sedangkan di mata dan fikiran, kita kusutkan dengan masalah bil-bil yang melambak. Kita sumbatkan dengan masalah hutang-hutang yang belum terbayar. Kita bebankan dengan masalah  masa depan anak-anak. Kita bengapkan dengan masalah Cinta tak berbalas. Hah kan ! Sampai terpopular lagu negara seberang...SAKITNYA KU DISINI, DI DALAM HATIKU...

Ya Tuhan ! Ya Rasul ! Maaf kan kami.

Thursday, 12 November 2015

Renjisan Kasih Sayang di Pagi Jumaat yg Mulia

Jumaat 13/11/15. Pagi yang penuh keberkatan. Dalam perjalanan ke kerja, teringat saranan Cik Mail malam tadi yang minta gambar mak usu dimasukkan dalam 'Whatsapp Sedara'. Memberitahu pada kaum kerabat kitorang tentang kesihatan Mak Usu yang sudah seminggu di ICU. Dengan penuh hati2 aku menyusun ayat untuk siaran di chat room sedara. Dan...dalam sekejapan sedara-mara membalas dgn kata-kata perangsang dan diiringi doa-doa yang membuat aku tersentuh. Ini lah salah satu kebaikan media sosial yg memudahkan kita saling berhubungan. 





Terimakasih wahai saudara2ku.....

Wednesday, 11 November 2015

Hadiah untuk Puteri Bongsuku @ Raffles House, Fort Canning 7/11/15

Dalam rintikan hujan gerimis senja....masih bersemangat aku, Izyan dan Haikal menaiki Grab Cab FOC ke Fort Canning. Hadiah untuk Izyan sebab dapat naik ke 4 E tahun depan. Alhamdulillah...


Akhirnya.....hasrat untuk bergambar dengan MiA AhmaD & ShahruL RidwaN...terkabul juga. Alhamdulillah. Satu memori yang manis utk aku dan puteri bongsuku :)


 Yang ni pula Huda, isteri kepada emcee / deejay majlis ni...Huda kenal kita ah...heheheh

7 Nov 2015 ~ Al-Fatehah buat Kak Amnah

Sabtu, 7 Nov tahun 2015 (hari Sabtu).......hari ulangtahun bf anak2ku, A'an. Dah tersusun ayat2 'birthday' untuk aku layangkan di FB A'an.

Tapi berita sedih yang kuterima dari Liza pagi itu terus membuat fikiranku hilang tumpuan seketika. Seorang teman yang aku ibaratkan bagai seorang kakak yang tersangat baik dan mulia hatinya kini telah kembali ke rahmatullah.

Innalillah wainnaillahirojiun.

Aku terkedu. Jelas terbayang wajah yang sentiasa murah dengan senyuman itu di depan mataku. Terkenang juga semasa sama2 kita mengaji di rumah ustazah (Allahyarhamah Kak Jah) dulu. Kak Am memang baik.  Selalu tgu aku kat bus stop utk sama2 ke rumah ustazah di Blk 810. Aduhai kenangan.. 

Kak Am....kau diundang dalam keadaanmu yang cukup sempurna. Kesakitanmu tidak lagi berpanjangan. Kami redha. Kami ikhlas kan pemergianmu, kak. Tatkala jenazah bersihmu dibawa keluar untuk dikafankan, airmata kami bercucuran tanpa dapat lagi kami kawali. Aku lihat pada kak jo, idawati, liza, kak ram, zarina....sama2 cuba menahan tangisan. Tapi maaf kak Am, kami tak berdaya. Langit pun macam kami. Turut berjuraian air membasahi bumi di Dover Road.

Kak Am...kami iringi pemergianmu dengan kalimah Al-Fatehah. Kami hadiahkan kalimah-kalimah suci sebagai tanda kasih dan sayang kami pada mu, kak. Semoga kak Am tenang di sana. Kita semua ini pun akan dijemput pulang satu hari nanti. Ya Allah....semoga kami semua akan berkumpul semula di JannahMu..amiin 

  

Sunday, 8 November 2015

Luahanku

Bismillahirrohmanirrahim....

Kadang-kadang apa yang kita usaha untuk mendapatkannya, tidak semestinya akan jadi milik kita. Kadang-kadang apa yang tidak pernah kita angankan, tetiba wujud dalam genggaman kita. Kadang-kadang, jenuh kita mengharap....hmmm...satu pun tidak menjadi.

Inilah yang orang kata "pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa" atau pun "perjuangan itu pasti, kebenaran tetap diyakini"

Saya petik kata-kata dari Roger Von Oech:
" Ingatlah Dua Keuntungan dari Kegagalan. Pertama, jika kita gagal, Kegagalan itu mengajarkan kita untuk menghindari apa-apa yang salah. Kedua, Kegagalan memberi kita kesempatan mencuba cara-cara baru untuk mencapai Kejayaan "