Wednesday, 11 November 2015

7 Nov 2015 ~ Al-Fatehah buat Kak Amnah

Sabtu, 7 Nov tahun 2015 (hari Sabtu).......hari ulangtahun bf anak2ku, A'an. Dah tersusun ayat2 'birthday' untuk aku layangkan di FB A'an.

Tapi berita sedih yang kuterima dari Liza pagi itu terus membuat fikiranku hilang tumpuan seketika. Seorang teman yang aku ibaratkan bagai seorang kakak yang tersangat baik dan mulia hatinya kini telah kembali ke rahmatullah.

Innalillah wainnaillahirojiun.

Aku terkedu. Jelas terbayang wajah yang sentiasa murah dengan senyuman itu di depan mataku. Terkenang juga semasa sama2 kita mengaji di rumah ustazah (Allahyarhamah Kak Jah) dulu. Kak Am memang baik.  Selalu tgu aku kat bus stop utk sama2 ke rumah ustazah di Blk 810. Aduhai kenangan.. 

Kak Am....kau diundang dalam keadaanmu yang cukup sempurna. Kesakitanmu tidak lagi berpanjangan. Kami redha. Kami ikhlas kan pemergianmu, kak. Tatkala jenazah bersihmu dibawa keluar untuk dikafankan, airmata kami bercucuran tanpa dapat lagi kami kawali. Aku lihat pada kak jo, idawati, liza, kak ram, zarina....sama2 cuba menahan tangisan. Tapi maaf kak Am, kami tak berdaya. Langit pun macam kami. Turut berjuraian air membasahi bumi di Dover Road.

Kak Am...kami iringi pemergianmu dengan kalimah Al-Fatehah. Kami hadiahkan kalimah-kalimah suci sebagai tanda kasih dan sayang kami pada mu, kak. Semoga kak Am tenang di sana. Kita semua ini pun akan dijemput pulang satu hari nanti. Ya Allah....semoga kami semua akan berkumpul semula di JannahMu..amiin 

  

No comments:

Post a Comment