Wednesday, 28 December 2016

Majlis Walimah Izzah @ ACBBH - DAY 1

Hari yang kami semua nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Setelah melalui berbagai ujian, alhamdulillah hari yang kami nantikan, hadir tanpa banyak masalah. Syukur ke hadrat Allah.

600 kad undangan sudah kami bagi-bagikan kepada sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Juga pada kaum kerabat di Malaysia. Berkat untuk tetamu sebanyak 1100 biji tepak sireh mini juga telah pun dibungkus rapi. Gubahan hantaran hampir siap. Pakaian untuk 4 hari dan 3 mlm juga telah pun siap tersusun di dalam beg-beg pakaian. Bagai hendak bercuti jauh gayanya.
Aku mengambil cuti seminggu sebelum majlis dan Izzah pula mula bercuti pada hari Khamis 24/11/16.  Izyan sudah mula bercuti sekolah selesai kertas terakhir O level pada 11/11/16. Waktu itu aku tidak putus-putus mohon doa pada Allah minta dipermudahkan semua urusan kami untuk majlis ini dan yang paling utama agar semua ahli keluarga kami dan para tetamu akan merasa selesa dan bahagia serta berpuas hati. Ya Allah ! Bantulah aku untuk memberi yang terbaik untuk majlis anak sulong ku ini...aamiin...


Izzah masih sempat ke spa @ Norfasarie pada hari Khamis ditemani teman baiknya, Tikah. Pada hari


Jumaat 25/11/16 @ 2.00 ptg, setelah solat Jumaat, lori yang dipandu Irfan tiba untuk mengangkut barang-barang kami ke ACBBH. Lynn pula masih sempat membeli kan aku cermin muka tinggi untuk diletak di bilik pengantin @ chalet bagi memudahkan andaman dan bersolek. Masa itu teman-teman Aan turut membantu. Riuh dan gamat jadinya.
Perasaanku mula berdebar. Harapan untuk melihat kebahagiaan seluruh kaum kerabatku, pada majlis walimah itu kelak amatlah tinggi.
Sebuah lori dan dua buah kereta dipandu oleh Muhd dan Cik Sani tiba di ACBBH sekitar jam 2.30 ptg. Aku langsung ke pejabat untuk mendaftar dengan seorang pegawai. Kesemua chalet yang tersedia ada telah diperuntukkan untuk keluarga besarku. Setelah mengambil 8 kunci dan 8 buah fail, aku mula membahagi-bahagikan tugasan. Kamal akan membuka kesemua chalet. Hazmi menguruskan hal 8 buah fail. Dan yang lain-lain, yang sedang gamat dan kecoh, aku suruh turunkan barang-barang kami dari lori untuk diletak di tempat-tempat yang sepatutnya. Lebih 20 kotak berisi tepak sireh mini, aku arahkan ke khemah.


  


Sempat lagi adik aku yang super diva, bermain buaian di tengah-tengah kesibukan kita.




Ini pula gambar di dalam khemah yang sedang dalam proses memasang dekor...




Satu demi satu keluargaku mula datang untuk check-in. Adik-adik lelaki mantan suamiku juga datang sama untuk menjengok-jengok keadaan. Mereka akan datang lagi pada bahagian malam untuk menghadiri kenduri tahlil. Bila hari mula senja....kami mula sediakan tempat untuk kenduri di bawah aktivity hall.




Cik Sani menaja makanan kami malam itu - Roti kirai beserta kari ayam selain epok-epok kentang dan sardin yang aku tempah dari jiran Nor @ Bt Panjang dan kuih nona manis dari cik Siti @ CCK, Yew Tee yang turut menyumbang. T'kasih semua :)
Malam itu, kami solat maghrib berjemaah di chalet Lan @ D01. Kamal qamat dan Amir menjadi imam solat kami itu. Hujan yang turun ketika magrib hampir menjelang sebentar tadi, mula reda. Aku ingat kita adakan kenduri di salah satu ruang di dalam chalet sahaja. Tapi Amir mahu mengadakan di dalam activity hall itu juga. Katanya lebih baik. Yang lain setuju. Tepat jam 8.00 mlm, berkumandanglah suara bacaan ayat-ayat suci dari kami yang duduk bersila di activity hall tersebut sambil bertahlil yang dipimpin oleh adik iparku, Hj Amir.
Ibu mertuaku, adik iparku, Mahmood dan isterinya, Feera turut hadir. Kenduri di luar chalet, dikelilingi hutan rimba dan bunyi-bunyi cengkerik dan katak, adalah satu perkara yang pertama kali kami adakan. Gempak betul kan malam pertama kami di ACBBH itu !!
Acara henna nite kami mulakan pada jam 9.30 mlm. Acara yang sederhana sahaja. Namun cukup meriah dengan kehadiran kaum keluargaku.






Hampir jam 2 pagi, baru semuanya selesai....semua sudah layu dan kuyu....tunggu esok !!









Tuesday, 27 December 2016

Persiapan Awal Untuk Majlis Walimah Izzah (Bah. 2)

Pada bulan Disember 2015, pihak Hometeamns telah pun membuat soft-blocked untuk tempahan kami dari 25/11/16 hingga 28/11/16. Bayaran pendahuluan hanya perlu dibuat pada bulan Mei 2016. Memandangkan kita merupakan famili pertama yang menempah kesemua 8 villa/chalet dan keseluruhan tempat di Adventure Centre Bukit Batok Hometeamns (ACBBH) itu, Encik Adnan, pegawai bahagian operasi di situ mengatakan bayaran anggaran $7K - 10K sahaja. Lega hatiku.


Pada bulan yang sama itu juga aku membuat deposit sebanyak $1K dengan Cik Adnan dan Cik Mail dari Anugerah Catering Svc. Dua perkara terbesar, telah pun aku confirmkan. Alhamdulillah.


Masa berlalu dengan pantas. Beberapa peristiwa yang tidak kami sangka-sangkakan berlaku sebelum majlis walimah Izzah & Deyen. Mak Usu pergi meninggalkan kami pada 26/8/16 dan bakal besan ku iaitu ibu kepada Deyen pulang ke rahmahtullah beberapa hari selepas itu. Persiapan untuk majlis kami hentikan buat seketika bagi menghormati pemergian orang-orang yang kami sayangi.


Beberapa perkara dan ujian selepas itu datang lagi. Pihak ROMM perlukan notis rasmi dari wali Izzah, bekas suamiku yang kini telah bermastautin di Jakarta, Indonesia. Selain itu beliau juga perlu mendapatkan 2 orang saksi dan cop rasmi dari pejabat Islam Indonesia. Dan surat yang asli harus di poskan segera ke Singapore sebelum pihak ROMM dapat memberi kata putus untuk menetapkan tarikh pernikahan Izzah. Dan sekiranya dalam masa sebulan itu, bekas suamiku tidak dapat mengembalikan dokumen tersebut, pihak ROMM memerlukan 3 bulan lagi sebelum dapat mengesahkan tarikh pernikahan anak sulongku itu.


Aku memberitahu Somir mengenai hal tersebut dan dia setuju untuk menyegerakan pengurusan dokumen tersebut.







Alhamdulillah, hal-hal dokumen dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang sangat terhad itu. Cuma sayangnya, adik kepada mantanku tidak dapat mewali-hakimkan izzah. Cuma dia dapat bantu untuk menjadi wakil bagi pihak kami - pihak pengantin perempuan.


Terima kasih, dear..

Persiapan Awal Untuk Majlis Walimah Izzah (Bah. 1)

Aku mula mencari-cari tempat yang bersesuaian untuk majlis walimah anakku. Keluargaku ramai. Mahmood Empire sahaja sudah satu batalion. Belum lagi sedara mara sebelah arwah emak dan famili abah dari Klang & KL. Kawan2 Izzah lagi dan kawan2 kerja dan cc aku.

Pencarianku:
1. Kolong Blok - sempit sebab sedang ada HIP program yang menurut Town Council memakan masa satu tahun setengah untuk selesai
2. Dewan di Bt Batok East CC - Tidak dibenarkan memasak di situ. Lagi pula masa yang diberikan untuk kami membuat persiapan sangat terhad.
3. Dewan di Bt Batok CC - Boleh masak tapi terlalu dekat dengan rumah pengantin lelaki pulak

Selain tempat majlis, aku juga turut fikirkan cara bagaimana dapat kumpulkan semua famili. Kalaulah dapat buat kat chalet bagi menempatkan kesemua anggota keluarga besarku....alangkah indahnya.


Aku pun mula mencari-cari informasi di beberapa tempat dengan menghantar pertanyaan di:
1. Chalet @ Downtown East
2. Chalet @ Aloha Changi
3. Chevron
4. Bukit Batok CSC

Keempat-empat tempat itu tidak ada kemudahan untuk memasak. Mereka hanya benarkan untuk aku menggunakan khidmat katerer rasmi clubhouse tersebut. Masalah juga ini, sebab hasratku untuk mengambil katerer Anugerah seperti yang pernah dipesan oleh arwah mak dulu, tidak mungkin tercapai. Aku percaya pada khidmat Anugerah Wedding Services, milik saudara kami sendiri. Izzah dan Izyan pun berkenan sangat dengan khidmat katerer milik Cik Adnan & Cik Mail itu. Anak arwah Tok Anwar - adik kepada arwah Tok Mahmood.

Walaupun semasa aku mencari-cari tempat itu, masih lagi terlalu awal, aku tidak berputus asa. Selain mencari melalui online, aku cari juga melalui teman-teman rapat. Dan kebetulan, ketika menganjurkan acara bersenam zumba yang diikuti dengan sesi penerangan mengenai penyakit mental untuk penduduk BBE, seorang teman lamaku mengesyorkan satu tempat yang berdekatan. Waktu itu kami sedang bersantai-santai selepas senaman zumba. Terkeluar dari mulutku bercerita tentang majlis kahwin yang aku cadang buat di cc tapi agak merumitkan. Rahim pun cadangkan Chalet di Adventure Centre, Bukit Batok Hometeamns (ACBBH). Hah ?! Aku pun termangu seketika. Tidak pernah terlintas pun untuk mengadakan disana. Kata Rahim lagi, chalet di sana sudah di baik pulih. Semakin selesa untuk bersantai bersama keluarga.

Serta-merta Rahim google melalui handphone. Dalam beberapa saat, dia menunjukkan aku foto-foto terbaru chalet atau pun di namakan villa yang berada di ACBBH. Terpaku aku melihat kecantikan dan keaslian kawasan tersebut. Cantik !

Sepulangnya dari acara itu, aku mula melihat-lihat di internet foto-foto serta semua informasi mengenai ACBBH. Tanpa membuag masa aku terus menghantar pertanyaan melalui email. Minggu berikutnya, aku dan anakku ke sana. Bukannya jauh pun. Kami bertemu dengan seorang pegawai dan meminta izin untuk melihat-lihat chalet-chalet yang tersedia di situ. setelah puas melihat di bahagian living hall, kami naik pula ke atas untuk melihat pada bilik-bilik yang ada. Sungguh ! Kami cukup puas hati dan setelah berbincang, kami setuju untuk mengadakan majlis disitu. Walaupun tempat khemah jemputan agak tersembunyi di sebalik rimbunan pohon-pohon, namun yang penting ada tempat untuk sedara dari S'pore & Malaysia beristirehat.








  Betul-betul macam suasana kampung kan ?







Monday, 19 December 2016

Detik-Detik Bersejarah Puteri Sulongku - Majlis Pertunangan 6/12/2014

Izzah Shazana & Izyan Diyana....kededuanya berbintikan Md Somir Ali. Berdarah kacukan Melayu - Jawa (ibu) & Pakistani (ayah).



Kami bertiga
Izzah & Izyan bersama abah mereka dan adik seayah @ Jakarta
Kemana-mana pun puteri-puteriku pergi, mereka lebih selesa berada bersama famili

 




Izzah bersama sifu besar dia & Izyan 


YNWA
IZZAH

Tak pernah aku duga, puteri sulongku ini akan disunting orang dalam usia 19 thn ! Sebagai seorang ibu, ada rasa bimbang, ada juga rasa resah yang saling bertingkah dengan rasa lega dan bahagia. Izzah bertunang di usia 20 thn. Keluarga sebelah lelaki mahu percepatkan tarikh tunang atas permintaan ayah mereka yang sedang sakit. Kami setuju dan tarikh 6/12/14, rasmilah pertunangan antara Izzah & Deyen yang disaksikan oleh keluarga kami dan keluarga sebelah mantan suamiku.

PERTUNANGAN IZZAH & DEYEN



Bersama permata2 hati keluarga kami
 
Izzah diapit oleh Tok Abah & Dada



Inilah puteri sulongku
 
Bersama sepupu & teman baik

























Izzah & Izyan












Bermula awal tahun 2015....aku sudah mula mencari-cari tempat yang sesuai untuk Majlis Walimah puteri sulongku itu yang jangkanya akan berlangsung 2 tahun setelah dia bertunang.

Niatku hanya satu: Pada hari bersejarah puteri sulongku yang telah banyak berjasa dengan menjaga dan merawat arwah emak, membantuku dalam hal-hal famili, menjaga nama baik keluarga kami, menjaga maruah diri dan sentiasa membuat kami ketawa dengan lawaknya itu, MEMPUNYAI KENANGAN YANG PALING MANIS KETIKA MENJADI PENGANTIN KELAK. Itulah hadiah istimewaku untuk dia....in sha Allah...

Untuk Izyan pula....lamaaaaa lah lagi. Sekolah dulu ok hehehe..