Tuesday, 27 December 2016

Persiapan Awal Untuk Majlis Walimah Izzah (Bah. 2)

Pada bulan Disember 2015, pihak Hometeamns telah pun membuat soft-blocked untuk tempahan kami dari 25/11/16 hingga 28/11/16. Bayaran pendahuluan hanya perlu dibuat pada bulan Mei 2016. Memandangkan kita merupakan famili pertama yang menempah kesemua 8 villa/chalet dan keseluruhan tempat di Adventure Centre Bukit Batok Hometeamns (ACBBH) itu, Encik Adnan, pegawai bahagian operasi di situ mengatakan bayaran anggaran $7K - 10K sahaja. Lega hatiku.


Pada bulan yang sama itu juga aku membuat deposit sebanyak $1K dengan Cik Adnan dan Cik Mail dari Anugerah Catering Svc. Dua perkara terbesar, telah pun aku confirmkan. Alhamdulillah.


Masa berlalu dengan pantas. Beberapa peristiwa yang tidak kami sangka-sangkakan berlaku sebelum majlis walimah Izzah & Deyen. Mak Usu pergi meninggalkan kami pada 26/8/16 dan bakal besan ku iaitu ibu kepada Deyen pulang ke rahmahtullah beberapa hari selepas itu. Persiapan untuk majlis kami hentikan buat seketika bagi menghormati pemergian orang-orang yang kami sayangi.


Beberapa perkara dan ujian selepas itu datang lagi. Pihak ROMM perlukan notis rasmi dari wali Izzah, bekas suamiku yang kini telah bermastautin di Jakarta, Indonesia. Selain itu beliau juga perlu mendapatkan 2 orang saksi dan cop rasmi dari pejabat Islam Indonesia. Dan surat yang asli harus di poskan segera ke Singapore sebelum pihak ROMM dapat memberi kata putus untuk menetapkan tarikh pernikahan Izzah. Dan sekiranya dalam masa sebulan itu, bekas suamiku tidak dapat mengembalikan dokumen tersebut, pihak ROMM memerlukan 3 bulan lagi sebelum dapat mengesahkan tarikh pernikahan anak sulongku itu.


Aku memberitahu Somir mengenai hal tersebut dan dia setuju untuk menyegerakan pengurusan dokumen tersebut.







Alhamdulillah, hal-hal dokumen dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang sangat terhad itu. Cuma sayangnya, adik kepada mantanku tidak dapat mewali-hakimkan izzah. Cuma dia dapat bantu untuk menjadi wakil bagi pihak kami - pihak pengantin perempuan.


Terima kasih, dear..

No comments:

Post a Comment