Tuesday, 27 December 2016

Persiapan Awal Untuk Majlis Walimah Izzah (Bah. 1)

Aku mula mencari-cari tempat yang bersesuaian untuk majlis walimah anakku. Keluargaku ramai. Mahmood Empire sahaja sudah satu batalion. Belum lagi sedara mara sebelah arwah emak dan famili abah dari Klang & KL. Kawan2 Izzah lagi dan kawan2 kerja dan cc aku.

Pencarianku:
1. Kolong Blok - sempit sebab sedang ada HIP program yang menurut Town Council memakan masa satu tahun setengah untuk selesai
2. Dewan di Bt Batok East CC - Tidak dibenarkan memasak di situ. Lagi pula masa yang diberikan untuk kami membuat persiapan sangat terhad.
3. Dewan di Bt Batok CC - Boleh masak tapi terlalu dekat dengan rumah pengantin lelaki pulak

Selain tempat majlis, aku juga turut fikirkan cara bagaimana dapat kumpulkan semua famili. Kalaulah dapat buat kat chalet bagi menempatkan kesemua anggota keluarga besarku....alangkah indahnya.


Aku pun mula mencari-cari informasi di beberapa tempat dengan menghantar pertanyaan di:
1. Chalet @ Downtown East
2. Chalet @ Aloha Changi
3. Chevron
4. Bukit Batok CSC

Keempat-empat tempat itu tidak ada kemudahan untuk memasak. Mereka hanya benarkan untuk aku menggunakan khidmat katerer rasmi clubhouse tersebut. Masalah juga ini, sebab hasratku untuk mengambil katerer Anugerah seperti yang pernah dipesan oleh arwah mak dulu, tidak mungkin tercapai. Aku percaya pada khidmat Anugerah Wedding Services, milik saudara kami sendiri. Izzah dan Izyan pun berkenan sangat dengan khidmat katerer milik Cik Adnan & Cik Mail itu. Anak arwah Tok Anwar - adik kepada arwah Tok Mahmood.

Walaupun semasa aku mencari-cari tempat itu, masih lagi terlalu awal, aku tidak berputus asa. Selain mencari melalui online, aku cari juga melalui teman-teman rapat. Dan kebetulan, ketika menganjurkan acara bersenam zumba yang diikuti dengan sesi penerangan mengenai penyakit mental untuk penduduk BBE, seorang teman lamaku mengesyorkan satu tempat yang berdekatan. Waktu itu kami sedang bersantai-santai selepas senaman zumba. Terkeluar dari mulutku bercerita tentang majlis kahwin yang aku cadang buat di cc tapi agak merumitkan. Rahim pun cadangkan Chalet di Adventure Centre, Bukit Batok Hometeamns (ACBBH). Hah ?! Aku pun termangu seketika. Tidak pernah terlintas pun untuk mengadakan disana. Kata Rahim lagi, chalet di sana sudah di baik pulih. Semakin selesa untuk bersantai bersama keluarga.

Serta-merta Rahim google melalui handphone. Dalam beberapa saat, dia menunjukkan aku foto-foto terbaru chalet atau pun di namakan villa yang berada di ACBBH. Terpaku aku melihat kecantikan dan keaslian kawasan tersebut. Cantik !

Sepulangnya dari acara itu, aku mula melihat-lihat di internet foto-foto serta semua informasi mengenai ACBBH. Tanpa membuag masa aku terus menghantar pertanyaan melalui email. Minggu berikutnya, aku dan anakku ke sana. Bukannya jauh pun. Kami bertemu dengan seorang pegawai dan meminta izin untuk melihat-lihat chalet-chalet yang tersedia di situ. setelah puas melihat di bahagian living hall, kami naik pula ke atas untuk melihat pada bilik-bilik yang ada. Sungguh ! Kami cukup puas hati dan setelah berbincang, kami setuju untuk mengadakan majlis disitu. Walaupun tempat khemah jemputan agak tersembunyi di sebalik rimbunan pohon-pohon, namun yang penting ada tempat untuk sedara dari S'pore & Malaysia beristirehat.








  Betul-betul macam suasana kampung kan ?







No comments:

Post a Comment