Dalam usia remaja begini, perasaan cintan cintun kerap singgah di hati nurani kami. Walaupun kami saling mengusik antara sama lain, namun itu semua setakat mengisi masa-masa lengang kami bertiga. Iqah dan Ashlyn gemar benar dengan pelakon-pelakon Korea. Mereka sekepala. Bila mereka mula bercakap mengenai artis-astis pujaan mereka itu, aku sering ketinggalan. Perkataan 'annyeong haseyo', 'saranghe', 'kamsahamnida' sudah tidak asing lagi pada pendengaranku.
Satu kenangan indah yang yang masih lagi bermain-main diingatanku berlaku pada tahun lalu. Waktu itu aku menunggu kededua minah-minah Korea itu di Harbour Front. Kami bercadang membelikan hadiah untuk Mr Allan Teoh, salah seorang guru di kolej yang akan berhenti mengajar. Mr Allan akan berpindah ke rumah anaknya di New Zealand pada penghujung semester kedua kami. Aku ini seorang yang cukup penyabar. Setelah hampir satu jam, bayang mereka masih tidak kelihatan, aku menghantar pesanan di whatsapp grup kami.
SATU JAM SUDAH BERLALU...tulisku di skrin handphone.
Aku tunggu sedetik, dua detik, tiga detik. Berpuluh-puluh detik, masih tidak dibalas. Sekumpulan grup abang-abang dengan jersey kumpulan bolasepak EPL kegemaranku, sedang berborak tidak jauh dari bangku yang aku duduk. Menghadap ke laut yang bertentangan dengan USS. Dari perbualan mereka sedikit sebanyak tahu lah aku, mereka sedang menanti beberapa teman lain untuk satu pertemuan. Dua atau tiga orang dari mereka menyandang gitar di bahu. Aku hanya tersenyum bila ada yang cuba mengajak aku berbual.
" Tunggu kawan ke sis ?".
" Wei ! Jangan kacau lah. Kejap lagi bokop mata lu orang kena tumbuk mat tahir dia"
" Lu macam champion jer, macam lah tahu siapa mamat dia"
" Lu apa hal ! Lu tengok lah muka gua ni"
" Apsal ?"
" Ini lah abang Lallana, mat tahir adik ni !!"
Suara gelak ketawa berderai di sana sini. Berderai juga di sanubariku. Masa itu nama Adam Lallana memang terkenal di kalangan peminat bolasepak kumpulan kebanggaanku, LFC. Pemain yang mengguna nombor 20 pada jersey bolasepak LFC. Sekilas terbayang wajah kacak pemain tersebut.
Hampir 15 minit kemudian...
MIAHNHAE....jawab Ashlyn bersama ikon minta maaf. Fahamlah aku. perkataan itu maknanya 'maaf'. Belum sempat aku menaip untuk menjawab, kededua temanku itu tiba-tiba muncul di depan mata.
" Kamsahamnida", sapa kededuanya hampir serentak.
" Dua-dua pun tak ada lah", jawabku bersahaja.
Aku perasan kededua kawan ku itu berpandang sesama sendiri.
" Siapa yang tak ada ?" tanya Asylyn kebingungan.
" Abang Kamsan dengan Kak Hamidah lah" jawabku perlahan yang membuat kededuanya memukul-mukul lengan dan bahuku.
Dalam masa yang sama, kami terdengar juga kelak tawa dari grup bersebelahan. Ketika kami melihat pada mereka, ada diantara mereka yang menjempolkan jari mereka ke arah ku. Tertanya-tanya lah juga di dalam hati, mereka mencuri dengar ke gurauan kami tadi ? Hahaha....malunya aku !!
" Baiklah sister !!" jerit seseorang dikalangan mereka.
" Tapi kalau nak cari Wak Kamsan, ada ni baru sampai ", kata seseorang tatkala muncul seorang pemuda yang baru tiba di depan mereka.
Pemuda itu memicingkan mata bundarnya dek panahan mentari. Diamat-amati wajah gadis yang sedang diusik teman-teman seramai 8 orang itu. Ada rasa getar didada. Wajah gadis itu seiras wajah mungil anak kecil yang pernah dikenalinya bertahun-tahun yang lalu. Adik nakal yang sering mengusik dan diusik. Saling berlarian dan berkejaran. Sungguh dia yakin, itulah adik kecil yang nakal dulu.
Di tengah-tengah keriuhan teman-temannya, pemuda yang digelar ' wak Kamsan' itu tadi melangkah ke arah 3 orang gadis yang sedang hendak berlalu pergi. Beberapa teman yang sedar akan 'keberanian' teman yang satu itu, mula termangu dan saling berbisik sesama sendiri. Ada yang cuba mengikut untuk menemani, ada pula yang mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam.
" Adik ?!" panggil lelaki muda itu.
Tiada respon. Ketiga-tiga gadis sebaya itu sudah pun membelakanginya dan meneruskan perjalanan mereka sambil saling usik-mengusik sesama sendiri.
Lelaki itu panggil lagi buat kali kedua. Namun masih tidak bersahut. Teman-teman lelaki itu sudah mula mengejek. Namun dia masih mahu mencuba. Ada rasa bahagia yang mula menjalar perlahan-lahan memasuki rongga perasaannya. Rindunya pada anak gadis itu masih lagi bersisa, walaupun pernah dihimpit rasa kecewa. Indahnya zaman kanak-kanaknya dulu.
" Farrah Liyana anak Pak Rahman !!" Jerit lelaki itu yang membuatkan seakan dunia berhenti berputar untuk seketika.
Terhenti langkah ketiga-tiga gadis yang sudah hampir ke pintu masuk Harbour Front itu. Bagai terhenti juga jantung hati Yana. Nama penuh aku tu !! Selain teman-teman sekolej dan teman-teman rapat, tidak ramai yang tahu nama penuhnya. Siap dengan nama papa lagi.
Yana lah teman terakhir memusingkan tubuhnya untuk menghadap orang yang memanggil nama pemberian kedua orang tuanya itu. Dia memandang pada sesusuk tubuh yang sedang terpacak di depan. Badan yang sederhana sasa. Ketinggian sekitar 1.7. Kulit bersawo matang. Dan sebuah senyuman. Senyuman itu !! Senyuman yang telah lama tidak pernah lagi dilihatnya. Senyuman yang naik hingga ke kelopak mata.
Yakinlah dia lelaki itu adalah lelaki yang sama pernah menjadi teman sepermainan semasa kecil. Kali terakhir mereka pernah bertemu ketika Yana baru melangkah ke darjah 3 dan temannya itu pula sudah melangkah ke tingkatan 1. Jauh betul waktu meninggalkan mereka.
" Kenapa orang meninggal mesti guna kain putih ? Kenapa tak warna purple ?", ujar lelaki itu seakan mengingatkan Liyana akan kata-kata mereka semasa kecil dulu.
Teman-teman Liyana saling berpandangan. Ini satu teka-teki ke ? Biar betul mamat ini. Sudahlah mereka masih lagi terpinga-pinga bila dia memanggil nama penuh teman mereka itu, ini berselamba sahaja beri teka-teki. Liyana pula sengaja membiarkan teman-temannya kebingungan begitu.
" Abang ni biar betul. Main teka-teki pulak tengah-tengah panas macam ni ?" terkeluar juga kekata dari mulut Ashlyn. Dalam diam dia mengkagumi lelaki yang sedang bermain senyum dengan mereka itu.
Gelora yang kian menjalar ke seluruh jantung hati Liyana, dikawalnya sebaik mungkin. Mulutnya bagai terkunci untuk berlawan kata. Walaupun samar-samar, namun ingatannya masih sedikit sebanyak boleh mengingati kejadian-kejadian semasa mereka masih anak-anak kecil dulu. Dan Liyana juga masih tidak lupa isu kain putih dan kain purple itu. Mahu sahaja rasanya dia memalingkan tubuh untuk menghamburkan tawa gelihatinya. Namun dia masih bertahan.
" Tu bukan teka-teki. Itu dia sindir aku lah", kata Yana perlahan pada Ashlyn.
" Ooohhhh !!! Korang kenal ??" Jerit Iqah sebelum mulutnya dicekup Yana.
Lelaki itu melangkah merapati ketiga-tiga gadis itu. Dia yakin seyakin-yakinnya, itulah gadis yang selama ini dia berharap dapat bertemu kembali.
" Adik ?" Tegurnya tepat di hadapan Yana.
Perlahan-lahan Yana melepaskan cekupan tangan pada mulut Iqah. Perasaan malu terjah tiba-tiba. Lelaki yang baru muncul tersenyum melihat perangai Yana yang masih sama seperti dulu. Suasana seperti itulah yang semakin membuat kenangan lama terimbas kembali. Terubat sedikit rasa rindu yang selama ini dipendam rapat-rapat.
" Assalamualaikum, abang Hans...", tutur Yana perlahan menyambut kehadiran teman lamanya itu.
" Waalaikumusalam Warahmatullah, adik abang", jawab Hans dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Dalam diam dia sempat mengucap syukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan lagi.
" Wak Kamsan, oiii !!! Takkan makan sorang ??!!" Jerit kawan-kawan Hans yang cemburu melihat perkenalannya dengan seorang gadis kecil yang ayu.
Yana mula terseyum. Bahagia tapi malu...
No comments:
Post a Comment