Tuesday, 8 March 2016

Menjunjung Rindu (Bah 3)

       Hari masih terlalu pagi ketika aku mengikuti papa untuk pulang. Kali ini pujukan papa benar-benar telah meluluhkan benteng kedegilanku. Apalagi bila papa mula bercakap tentang sakit pening papa tak ada orang peduli. Kesian papa. Setelah papa memarkir van toyota berwarna birunya itu, tanpa sengaja keluar keluhanku.
       " Hey ! Tak baik mengeluh pagi-pagi macam ni" tegur papa.
Aku diam. Hanya Allah yang tahu gejolak yg sedang bermain di hati nuraniku ini.  Sudah hampir seminggu aku merajuk. Lari dan tidur di tempat kerja papa. Dan seminggu itu juga lah aku telah membuat papa serba salah setiap kali mahu pulang.
       " Papa..."
       " Ada apa, angel papa ni ?" usik papa dengan senyuman.
       " Kalau cik Ju, kak Sha dengan kak Lin masih marah-marah.....Yana nak buat macamana ?" Soalku lagi. Sudah bertalu-talu soalan yang sama aku layangkan pada papa.
        " Biarkan dorang lah sayang. Angel papa ini kan kuat. Takkanlah benda macam tu pun anak papa ini tak boleh tepis " ujar papa cuba memberi semangat.
        " Pa !! Dorang tu 3 sekawan. Dah jadi satu geng pun. Mana lah Yana kuat, pa ?!" Sungutku lagi.
        " Eleh anak papa ni. Sedangkan kat kubur itu pun sanggup tidur sorang-sorang. Peluk-peluk dengan jin galah lagi..."
        " Papa ??!!! " Jeritku marah dan malu. Aku pukul-pukul lengan papa. Bila papa tiba-tiba memelukku dengan penuh kasih dan sayang seorang ayah, airmataku hampir-hampir menitik.
        " Pa, please eh jangan2 sebut-sebut lagi pasal benda tu. Yana malu..."
Kami kemudian beriringan naik ke flat. Hatiku berdegap degup dengan derasnya. Aku biarkan papa berjalan di hadapanku. Sesekali dia akan menoleh dan memberikan aku senyuman. Penguat semangatku. Ayat yg pernah dibaca oleh nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan yu, aku baca berulang kali. Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus berjaya melepasi 3 kegelapan. Dan aku juga mengaku bahawa aku tidak kuat, Ya Allah..
           Ketika tiba di rumah, hanya ibu tiriku yang ada. Bayang kededua kakak tidak kelihatan. Lega sedikit perasaankun. Sempat aku mengucapkan syukur pada Allah kerana memudahkan kepulanganku ini. Aku salam cik Ju dan mencium tangannya. Acuh tak acuh sahaja dia sambut salam ku itu. Tidak sedikit pun dia menunjukkan rasa kasih seorang ibu. Aku akui, kami sememangnya tidak pernah rapat. Tidak seperti kakak-kakakku.
           Entahlah, susah benar hendak diterap ke dalam hatiku ini akan kehadiran cik Ju sebagai pengganti arwah mama. Walaupun sudah hampir 10 tahun cik Ju menjadi ibu kepada ketiga-tiga anak papa. Waktu itu aku hanya kenali cik Ju sebagai teman baik mama. Sewaktu mama sakit, cik Ju yang kerap menziarah. Usiaku masa itu baru mencecah 8 tahun. Kak Sha pula sudah dalam tingkatan 1 dan kak Lin darjah 6. Biasanya anak bongsu cepat manja dengan orang. Tapi bukan aku. Aku masih terlalu sayangkan arwah mama. Sehingga tidak dapat menerima hakikat bahawa cik Ju itu adalah pengganti mama.
            Aku tak lah tunjukkan sangat ketidaksukaanku pada cik Ju. Aku tetap ketawa kalau cik Ju buat lawak. Aku ikut bertepuk tangan setiap kali cik Ju habis berkaraoke bersama kak Sha dan kak Lin. Aku biarkan cik Ju pimpin tanganku ketika kami berjalan-jalan. Aku benarkan rambutku diikat dengan reben setiap kali kami keluar rumah untuk ke undangan majlis. Dan aku tetap mencium tangannya setiap kali aku keluar rumah dan balik ke rumah. Cuma satu sahaja yang kurang....
            Aku tidak semanja kedua kakakku. Kak Sha dan kak Lin sudah terlalu mesra dan rapat dengan cik Ju. Mereka memanggil cik Ju 'mami' seperti yang dipinta olehnya. Sejak sebelum ayah mengahwini cik Ju lagi, kakak-kakakku telah mula memanggilnya dengan gelaran 'mami'. Kekadang aku sendiri pelik dengan diri sendiri. Susah benar lidahku untuk menyebut nama 'mami'. Hati dan minda pula bagai sekata. Masih tidak dapat menerima cik Ju sebagai pengganti mamaku sepenuhnya. Mujurlah papa tidak berkecil hati. Cik Ju pula lama kelamaan semakin kurang memerhatikan aku.
            Aku masih ingat lagi ketika papa mengajak kami sekeluarga untuk meraikan kejayaan aku kerana mendapat markah cemerlang peperiksaan PSLE. Masa itu aku sedang menemani papa di tempat kerja papa. Tercetus idea untuk membawa kami 5 beranak untuk menjamu selera di luar. Girang betul wajah papa ketika mengatakan cadangannya itu dengan cik Ju melalui panggilan telefon. Kata papa, dia akan menempah meja untuk 5 orang.
             Apabila tiba masa yang dinanti-nantikan, cik Ju dan kededua kakakku tiada di rumah. Walhal papa telah memberitahu mereka seminggu lebih awal. Papa jadi marah dan kecewa. Hasratnya untuk meraikan kejayaan anak bongsunya bersama isteri dan anak-anak tidak kesampaian. Cik Ju hanya menghantar pesanan melalui sms pada papa yang dia membawa kak Sha dan kak Lin bercuti ke Batam. Ada promosi pakej 3 hari 2 malam di hotel yang baru dibuka di Nagoya. Sayang kalau dilepaskan begitu sahaja. Papa betul-betul kecewa dengan cik Ju.
             Aku pula yang keriangan. Dapatlah aku makan yang best-best berdua dengan papa. Sebabnya, kalaulah ada cik Ju dan kakak-kakakku, sudah tentu seleraku berkurangan melihat tingkah manja dan mesra mereka bertiga. Bukannya aku cemburu, tapi tak selesa. Lainlah kalau hanya berdua dengan papa !! Seleraku menjadi-jadi, hehehe... 

No comments:

Post a Comment