Wednesday, 9 March 2016

Menjunjung Rindu (Bah 5)

        Ketika aku keluar untuk ke kolej, kelihatan kelibat kak Sha yang sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Aku kerling pada jam tangan. Baru pukul 7 pagi. Selalunya jam 8 baru dia keluar. Awal betul ! Aku teruskan langkahku untuk ke kolej. Setelah membaca doa dalam hati, aku membuka grill pintu dan melangkah ke arah lif. Cuaca masih belum terang sepenuhnya. Namun lampu di koridor telah pun terpadam.

        " Hoi !" Tegur suara di belakangku.

Aku menoleh seketika. Aku beri dia senyuman. Sedekah untuk dia.

        "Ada apa kak Sha ?" Soalku perlahan.

        " Siapa suruh kau balik ? Dah tak sanggup tidur dengan hantu-hantu lagi ?" Ujar kak Sha diselangi dengan ketawa sinis.

        Aku tak rasa apa-apa pun. Marah tidak. Kecil hati pun tidak. Malahan macam hendak ketawa kan soalan bodoh itu.

        " Mana ada hantu kak ? Jin banyak lah." Jawabku pula. Sekilas terbayang peristiwa dipeluk jin galah. Sebuah senyuman malu tersungging di wajahku.

         Dengan pantas dia mendahului langkahku dan sekejapan sahaja sudah menghadang perjalananku. Lagi 4 - 5 tapak sahaja sudah hampir ke pintu lif.

         " Mami Ju kecil hati dengan kau, tau tak ! Sudahlah kau tak anggap dia macam mama sendiri, lepas tu merajuk sikit jer, lari. "

         " Mana ada Yana lari, kak ? Masa tu kak Lin nak buat parti kat rumah, and I am having an examination. Kak Sha lupa ke apa yang cik Ju cakap ?"

         Peristiwa seminggu lalu tetiba bermain di minda...

         " Kak Lin tak boleh ke pospon your birthday party to another week ?"
         " Hey ! Apa pasal pulak ? Mami Ju pun dah kasi green light, kau pulak nak memandai-mandai"
         " Hari Isnin depan, Yana having class test lah kak."
         " Hello...pasal class test yang tak de benda, itu kau sanggup eh lawan aku ? Kurang ajar !!"
         " Kau boleh kan belajar siang hari ? Or you just need to close your door and study"
         " Tapi kak Sha, i'm sure it will be lots of music. Yana tak boleh fokus lah"
         " Itu kau punya pasallah !"
         " Ok ok ok girls. Dah lama kita tak buat birthday party kan ? Lagi pun masa Lin umur 21 tahun, last year kita tak sambut pun....kesian dia"
         " Thank you mami Ju. Sayanggggg mami Ju"
         " You are welcome dear. As for Yana, we are so sorry. So, the best i guest you have to look for a quieter place lah untuk study. Betul tak girls ?"
          Ketiga-tiganya kemudian ketawa sakan. Gembira dapat mengenakan aku. Waktu itulah tercetus idea untuk duduk di pondok rehat papa. Dan masih aku ingat aku juga tiba-tiba turut ketawa bersama mereka. Bila seorang demi seorang berhenti ketawa, semua memandangku.
          " Thank you cik Ju. You give me an idea lah. I think i will stay a few nights kat pondok papa untuk study. Quieter place. Jadi kak Lin dan kak Sha boleh lah enjoy the party."
          Ketika aku terus melangkah masuk ke bilik dengan perasaan yang damai sedamai-damainya, suasana di dewan rumah bagaikan hampir pecah dengan ketawa kuat mereka. Hahaha....ketawakan aku lah tu. Ada aku kisah ?!

           Oooppsss...sedar-sedar lif sudah pun terbuka. Aku melangkah masuk. Ada 2 orang budak sekolah di dalam lif. Kak Sha bagaikan masih belum sedar dari lamunan. Mungkin sama-sama teringat akan kisah aku dihalau keluar dengan cara terhormat. Aku memanggil namanya. Dia jadi malu kerana terleka di luar pintu lif.

           " Lagi satu aku nak warning kat kau."

           Dia bunyi lagiiiii...

           " Please ignore Firdaus if he happens to be at our place. Kau jangan nak menggatal. He is Lin's fiance to be."

           " Ok big sister. Don't worry about that. I am still a school girl as you always said, remember ?"
           " Kau jangan kurang ajar dengan aku lah budak hingus !"

           Sempat aku mendengar dengusan kuat dari kak Sha. Hahaha...marahlah tu ! Aku kemudian melangkah keluar dari lif bersama kededua orang budak yang langsung tidak ambil kisah pada pertelingkahan kecil kami itu.
            Aku kuatkan semangatku. Aku tidak mahu kemarahan kak Sha tadi, mencemari hati dan mindaku di pagi yang penuh dengan keberkatan itu. Pagi Jumaat yang mulia. Penghulu segala hari. Semoga Allah menghapuskan semua dosa-dosa orang tuaku dan keluargaku. Aamiin.
            Menaiki bas untuk ke kolej yang terletak di kawasan Yishun, adalah perkara yang hampir dua tahun ini aku lalui.


  








No comments:

Post a Comment