Rasa malu yang teramat sangat membuat aku berlama-lama duduk di dalam kamar mandi itu. Aku tak akan keluar selagi jin galah masih berada di situ. Walaupun kurang jelas, namun masih kedengaran suara papa dan jin galah itu sedang berbual-bual. Setiap kali teringat akan peristiwa yang baru sahaja berlaku, aku tutup muka ku sendiri. Ya Allah ! Malunya aku ! Mengapa lah aku bodoh sangat sampai terpeluk mamat tinggi itu.
" Liyana ! Apa pasal lama sangat tu ?" laung suara papa dari luar.
" Kejap, pa !" sahutku pula.
Aku kemudian mencapai telefon S4 ku dan mula menaip kata-kata untuk papa:
- Papa, bila jin galah itu nak jalan ?
- hahahah :)
- Papa !!!
- Keluar jer lah !! Papa dah haus ni. Cepat buatkan papa nescafe !!
- :(
- Cepat Yana !
- OK OK OK :(
- hahahah :)
- Papa !!!
- Keluar jer lah !! Papa dah haus ni. Cepat buatkan papa nescafe !!
- :(
- Cepat Yana !
- OK OK OK :(
Dengan sangat berat hati, aku keluar juga dari penjara yang aku cipta sendiri itu. Aku biarkan tuala yang masih melilit pada rambut basahku. Kakiku melangkah ke pondok kecil papa. Dari sudut mata, ternampak kelibat dua orang lelaki yang masih leka berbual di ambinan. Cuaca telah berubah mendung. Tidak lagi seterik satu jam yang lalu.
Jam di dinding pondok papa menunjukkan ke pukul 12.30 tengahari. Bermakna semasa dia datang tadi sudah hampir tengahari lah ya ?!! Aduh ! Belum hilang malu kerana tersalah peluk, kini tambah lagi malu terlajak tidur. Mesti si jin tanah itu fikir yang bukan-bukan pasal aku kan ? Anak dara pemalas. Haisshhh....peduli apa aku. Tak ada kena mengena pun. Lantak lah !
" Ehem ehem " batuk seseorang di muka pintu.
" Apa ehem-ehem ? Ingat ini kedai ubat batuk ke ?" sahutku dengan suara perlahan tanpa sedikit pun memandang ke arah dia. Cuba menepis setiap bayangan yang membuat aku malu sebentar tadi.
Dia ketawa. Perlahan tapi cukup membuat jantungku berdegup kencang.
" Lain kali kalau baca ayat kursi itu, jangan separuh jalan. Awak kena lah habiskan..."
Aduhhhhhhh.....sempat pula dia kena kan aku !! Ya Allah malunya aku !! Malu !!
Aku cuba tahan ujian kali ini. Apalagi bila jin galah sendiri yang menguji. Jejariku pantas membancuh seteko air nescafe untuk papa dan juga untuk jin keramat ini. Dengan segenap semangat yang masih ada, aku siapkan minuman itu dan menggagahkan diri membawanya keluar. Tatkala melintasi tubuh tinggi itu, aku tahan nafasku dalam-dalam sambil berdoa agar semuanya selamat.
" Thanks for letting me to hug you...hope it will happen again" bisik dia lirih.
Papa !!!
Aku berhenti seketika. Cuba mengutip semangat yang hilang. Mendongak dan dengan gaya yang seakan berani, aku angkat keningku setinggi yang mampu. Memandang tepat pada anak matanya.
" I dare you Mr Firdaus ! Sekiranya ia berlaku lagi, sekelepuk penumbuk saya hayunkan kat muka awak !! Huh !!"
Dia terpaku. Aku pula yang termangu. Sebelum darahku sendiri menyimbah untuk memerahkan wajah dan cuping telinga, aku memalingkan tubuh. Meneruskan langkah menuju ke tempat papa untuk memberikan minuman yang tersusun rapi di atas dulang yang masih terletak cantik di atas dua tanganku itu.
Perasaan geram, marah dan kepuasan saling bertingkah di dalam lubuk hati. Padan muka kau, jin galah !! Kau ingat kau boleh suka-suka nak sound kat aku macam tu !!
Namun yang buat aku masih merasa tidak puas hati, masih merasa diri ini lemah ialah apabila perasaan malu masih lagi menjalar di minda dan naluriku. Mesti dalam hati kering si jin galah tu, masih lagi ketawakan kebodohanku....aduhhhhh
No comments:
Post a Comment